Takaful Ikhlas Lancar Khidmat Tuntutan Banjir

Takaful Ikhlas Bhd (Takaful IKHLAS) melancarkan perkhidmatan tuntutan Takaful melalui kaedah yang dipermudahkan bagi memudahkan pelanggan membuat tuntutan akibat banjir dalam tempoh bencana berkenaan.

Syarikat itu berkata erkhidmatan berkenaan dibuka kepada semua pemegang pelan Takaful Kebakaran dan Pemilik Rumah/ Isi rumah yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas.

“Pelanggan hanya perlu menghubungi Pejabat Wilayah Takaful Ikhlas yang terdekat, dan penyelaras rasmi yang dilantik akan mengunjungi pelanggan yang terbabit dengan bencana ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Borang tuntutan akan diberikan oleh penyelaras yang dilantik ketika pemeriksaan dilakukan di premis yang terjejas.

Takaful Ikhlas berkata pelanggan di Pantai Timur boleh menghubungi pejabat wilayah di Kelantan di talian 09-746100, Terengganu (09-6318170) dan Pahang (09-5670700).

Orang ramai boleh memperoleh maklumat lanjut menerusi www.takaful-ikhlas.com.my atau dengan menghantar e-mel kepada ikhlas-care@takaful-ikhlas.com.my atau menghubungi 03-27239696.


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Sasar RM1 Bilion Menjelang 2016



"Takaful Ikhlas optimis capai sasaran sumbangan premium"  

Takaful Ikhlas Bhd berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran sumbangan kasar premium RMl bilion menjelang 2016 biarpun berdepan dengan keadaan ekonomi yang mencabar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar berkata, pihaknya juga mengunjurkan pertumbuhan antara 5.0 hingga 10 peratus bagi tahun depan.

Beliau berkata, syarikat itu juga akan memberi tumpuan kepada perniagaan dalam pasaran tempatan tahun depan serta mempelbagaikan produk yang lebih komprehensif.

“Kami akan berusaha untuk memperoleh RM1 bilion itu, malah dalam tempoh enam bulan pertama, kami mencapai sasaran, namun dengan persekitaran ekonomi yang tidak menentu kami tidak terlalu optimis bagi separuh kedua tahun ini.

“Buat masa ini, perolehan sumbangan kasar syarikat sebanyak 60 peratus disumbangkan oleh takaful keluarga dan 40 peratus adalah takaful am,” katanya kepada taklimat media sempena kunjungan ke Balai Berita The News Straits Times Press (NSTP) di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapha Omar dan delegasi daripada Takaful Ikhlas.

Ab Latiff berkata, pihaknya sedang membangunkan produk merangkumi semua keperluan pelanggannya dan memperkenalkan e-pendaftaran bagi segmen digitalnya.

Menurutnya, Takaful Ikhlas perlu bertindak seiring dengan arus kemodenan dan telah membelanjakan lebih kurang RM10 juta bagi mengaplikasikan teknologi ke dalam operasi syarikat dalam tempoh tiga tahun. “

Kami mempunyai lebih dua juta pemegang polisi dan sudah tiba masanya, pendekatan digital digunakan bagi memudahkan pemilikan takaful di kalangan masyarakat. Syarikat turut menyediakan gajet pintar bagi ejen Takaful Ikhlas bagi memudahkan mereka membuat e-penghantaran borang permohonan.” katanya.

Sumber : Harian Metro (02 November 2015)
Tulisan : Sri Ayu Kartika Amri


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About