Adil, Saksama Teras Ekonomi Islam

Soalan : Bagaimanakah prinsip keadilan dan kesaksamaan dilaksanakan di dalam ekonomi Islam?

Jawapan : Sistem ekonomi Islam sangat mementingkan prinsip berpaksikan keadilan dan kesaksamaan yang mempunyai nilai positif serta dapat memajukan sistem ekonomi Islam. Mereka yang terbabit kegiatan ekonomi ini akan terikat dengan adab serta akhlak menurut al-Quran dan sunah.

Prinsip itu mengajar manusia berlaku adil kepada manusia lain terutama dalam urusan muamalah. Jika menjadi penjual, dia perlu meletakkan dirinya sebagai pembeli ketika berurusan. Apa yang diharapkan oleh pembeli perlu dipenuhi dengan sewajarnya walaupun tidak diminta oleh pembeli berkenaan. Sebarang penipuan oleh pihak terbabit dalam urusan ekonomi khususnya transaksi seperti jual beli dianggap sebagai sesuatu yang zalim.

Mereka sebenarnya memakan harta saudara mereka secara batil. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 188 yang bermaksud “Dan janganlah kamu makan harta sesama kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim-hakim dengan tujuan supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara yang berdosa, sedangkan kamu mengetahui." 

Pelaksanaan ekonomi Islam berasaskan keadilan dan kesaksamaan boleh dilihat daripada konsep pelaburan Islam seperti mudharabah atau musyarakah. Kedua pihak terbabit dalam kontrak berkenaan perlu memikul bebanan risiko bersama.

Tanggungan risiko menjadi disiplin yang diwajibkan dalam meraih keuntungan pelaburan Mereka yang terbabit dalam pelaburan sebagai pihak menyumbangkan modal (rabbul mal) atau pekerja(mudharib) perlu berdepan risiko rugi atau untung.

Tidak wajar jika penyumbang modal hanya meletakkan bebanan untuk menanggung risiko ke atas bahu pekerja sahaja. Sebaliknya, mereka bekerjasama dengan pekerja untuk memastikan pelaburan dapat meraih keuntungan.

Maka, apabila berlaku kerugian dalam pelaburan berkenaan, kerugian ialah penyumbang modal tanpa membabitkan wang pekerja. Namun sebenarnya, pekerja turut mengalami kerugian kerana apa yang diusahakan selama ini tidak membuahkan hasil atau keuntungan. Pekerja tidak boleh mengambil kesempatan kerana jika dia didapati melakukan penyelewengan atau lalai melaksanakan amanah, maka kerugian itu perlu dipikul olehnya bukannya penyumbang modal.

Bertitik tolak daripada kefahaman ini, keadilan dan kesaksamaan perlu dinilai mengikut neraca pertimbangan agama bukan pertimbangan akal dan perasaan. Sesuatu itu tetap zalim sekiranya Allah SWT dan Rasulullah SAW mengatakannya sebagai zalim.

Walaupun kita manusia mengatakannya adil dan saksama.

Sumber : Berita Harian Ahad (10 April 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About