Prinsip Rabbaniyah Bersumber Wahyu

Soalan : Satu daripada prinsip ekonomi Islam adalah rabbaniyah. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip rabbaniyah dan bagaimanakah prinsip itu diaplikasikan dalam ekonomi Islam.

Jawapan : Islam agama yang lengkap dengan sistem dan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Setiap sistem bertujuan memberikan panduan kepada manusia untuk menjalani kehidupan dengan lebih teratur dan sistematik dari sudut ibadah, muamalah, jenayah dan sebagainya. Menjadi tanggungjawab manusia untuk mengikuti dan mengamalkan peraturan yang ditetapkan berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti).” (Surah al-Maidah, ayat 48).

Prinsip rabbaniyah berkaitan dengan ketuhanan iaitu segala konsep, hukum, peraturan, nilai yang terkandung di bawah prinsip itu bersumberkan wahyu Allah SWT. Dengan adanya prinsip ketuhanan ini dapat memastikan setiap urusan kehidupan manusia terutamanya dalam sistem ekonomi yang dijalankan oleh dua pihak terbabit selaras dengan batas syariah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Di dalam aktiviti ekonomi Islam, prinsip rabbaniyah ditekankan untuk mengelakkan umat Islam terbabit aktiviti tidak patuh syariah seperti riba, gharar dan maisir kerana sistem ekonomi Islam juga tidak lari daripada dosa dan pahala.

Selain itu, prinsip rabbaniyah dalam aktiviti ekonomi bertujuan mendapatkan keredaan Allah SWT. Mereka yang memahami konsep ini akan memastikan segala urusan dan aktiviti ekonomi dijalankan tidaklah bermatlamatkan mencapai keuntungan semata-mata. Orang yang memahami tujuan hidup mereka menuju Allah SWT akan menganggap kegiatan ekonomi adalah manifestasi kehambaan kepada Allah SWT dan setiap perkara yang dilarang mempunyai hikmah tersendiri.

Contohnya, tidak semua umat Islam memahami apakah hikmah di sebalik pengharaman riba dan sekarang aktiviti riba seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan rata-rata menganggapnya 'alah bisa tegal biasa'. Namun, bagi orang yang beriman kepada Allah SWT apabila al-Quran dan hadis dengan jelas mengharamkan aktiviti riba, mereka tidak akan berlengah untuk meninggalkannya. Inilah bukti iman kita kepada Yang Maha Esa.

Sumber : Berita Harian Ahad (28 Febuari 2016)
Tulisan : Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About