Pelan Bantuan Pendidikan, Perlindungan Untuk Anak

Soalan : saya ingin menabung daripada sekarang bagi pendidikan masa depan anak, pada masa sama memberikan perlindungan takaful kepada anak saya. Apakah produk takaful yang bersesuaian dan adakah ada had usia kanak-kanak bagi pelan taklaful itu.

Jawapan : Takaful juga ada menyediakan perlindungan simpanan pendidikan demi jaminan masa depan anak. Melihat kepada situasi masa kini, pendidikan membabitkan kos yang tinggi. Justeru, takaful mengeluarkan produk yang sesuai membantu ibu bapa membuat persiapan simpanan untuk pendidikan jangka panjang.

Pelbagai insentif dan manfaat bakal dinikmati sekali gus meringankan bebanan ibu bapa menangani masalah kewangan untuk pendidikan. Ibu bapa tidak perlu runsing untuk membuat pinjaman. Di samping itu, pelindungan takaful pendidikan juga dapat membantu pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran meneruskan pengajian.

Takaful Ikhlas Berhad menawarkan produk IKHLAS Education Takaful Plus, iaitu pelan yang membantu pendidikan anak, pada masa sama menyediakan perlindungan seandainya anak peserta meninggal dunia atau mengalami sebarang keilatan kekal. Pelan ini bersifat tabungan dan terbuka untuk kanak-kanak berusia 30 hari sehingga 12 tahun. Tempoh matang sijil ini pula adalah fleksibel iaitu umur anak antara 18 hingga 23 tahun. Dana pendidikan yang disediakan membolehkan ibu bapa membuat simpanan setiap bulan.

Semestinya ibu bapa ingin memenuhi keperluan ketika anak yang masih bersekolah. Sehubungan itu, pelan ini memberikan manfaat pengeluaran wang tunai melalui akaun pelaburan. Pengeluaran tunai hanya boleh dikeluarkan dengan minimum selepas lima tahun penyertaan.

Bagi anak yang cemerlang dalam akademik, pelan ini turut memberi manfaat tambahan bagi setiap pencapaian dalam peperiksaan yang dinamakan Anugerah Kecemerlangan. Anugerah Kecemerlangan ini hanya akan berkuatkuasa selepas tiga tahun penyertaan.

Perancangan hendaklah dilakukan dengan sebaiknya bagi memudahkan urusan bagi masa depan. Tindakan menabung daripada awal memberikan kesan yang hanya boleh dilihat hasilnya pada masa akan datang.

Sumber : Berita Harian Ahad (27 Mac 2016)
Tulisan : Khuzama ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Kontrak Wakalah Elak Unsur Tak Patuh Syariah

Soalan : Takaful menggunakan kontrak yang berlainan daripada insurans dan salah satunya adalah wakalah. Boleh terangkan bagaimana kontrak wakalah ini dijalankan di takaful.

Jawapan : Takaful sememangnya menggunakan kontrak wakalah dalam menjalankan perkhidmatan perlindungan secara Islam bagi mengelakkan adanya unsur tidak patuh syariah seperti riba, gharar dan maisir. Wakalah daripada perkataan Arab bermaksud perwakilan.

Wakalah bermakna satu pihak menyerahkan sesuatu urusan yang boleh diwakilkan mengikut syarak kepada pihak lain ketika pihak yang pertama masih hidup. Konsep wakalah telah banyak digunakan sejak zaman dahulu lagi dan secara tidak sedar kita juga mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh daripada surah al-Kahfi menceritakan kisah ashabul kahfi setelah dibangunkan, mewakilkan salah seorang antara mereka untuk membeli keperluan makanan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi, ayat 19, yang bermaksud: “Sekarang utuslah (wakilkanlah) salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana- mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya.”

Daripada ayat itu terbukti bahawa konsep menggunakan wakil dalam sesuatu urusan adalah dibenarkan Islam tetapi pelaksanaannya pada masa kini adalah berlandaskan syarat dan rukun yang ditetapkan oleh ulama fiqh. Penggunaan kontrak wakalah sah jika rukun dan syaratnya dipatuhi.

Sebagaimana diamalkan oleh pengendali takaful masa kini iaitu adanya pewakil (al-muwakkil) mewakili peserta, penerima wakil (al-wakil) iaitu pengendali takaful, urusan yang diwakilkan (al-muwakkil ñhi) iaitu menguruskan dana takaful dan adanya ijab dan qabul (sighah).

Hasilnya, pengendali takaful akan mengurus, mentadbir serta melabur dana daripada sumbangan peserta dan syarikat takaful mendapat upah atau yuran wakalah berdasarkan persetujuan dipersetujui bersama.

Sumber : Berita Harian Ahad (27 Mac 2016)
Tulisan : Khuzama ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Pembayaran Ex-gratia Ikut Budi Bicara

Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran 'ex-gratia' dan siapakah yang berhak untuk mendapatkan pembayaran itu?

Jawaban : Pembayaran 'ex-gratia' dari segi praktisnya bermaksud pembayaran ihsan oleh pengendali takaful ke atas peserta yang tidak boleh membuat tuntutan manfaat takaful disebabkan oleh beberapa perkara tertentu iaitu seperti tidak layak untuk membuat tuntutan disebabkan tidak menepati syarat yang telah dipersetujui di dalam kontrak sehingga menyebabkan tuntutan tersebut ditolak. Bagaimanapun atas beberapa sebab tertentu seperti mengambil kira keperluan atau kepentingan perniagaan dan tuntutan semasa, pengendali takaful akan tetap membayar tuntutan kepada pihak peserta mengikut budi bicara pihak syarikat. 

Beberapa sebab kepada pertimbangan yang membolehkan peserta menerima tuntutan melalui pembayaran ehsan ataupun 'ex-gratia' daripada pengendali takaful iaitu pertama, pembayaran ihsan akan diberikan kepada peserta sekiranya terdapat isu teknikal yang dikenal pasti oleh syarikat di mana terdapat klausa yang mengelirukan di dalam kontrak sijil, penggunaan kata klausa yang kurang tepat ataupun maksud yang berlainan.

Contohnya bagi penakrifan ataupun definisi keilatan, penyakit atau sebarang keadaan di mana ianya sukar untuk dinilai berdasarkan maklumat yang terhad. Salah faham boleh terjadi diantara peserta danjuga ejen dalam memahami produk atau pelan yang diambil. Faktor ini boleh terjadi disebabkan oleh kecuaian daripada pihak ejen atau pihak syarikat yang mempromosikan produk berkenaan.

Kedua, pembayaran 'ex-gratia' dilakukan kepada peserta disebabkan oleh terdapat pertimbangan perniagaan untuk menjaga kepentingan kepada kedua-dua pihak iaitu pengendali takaful dan juga peserta yang dikenali sebagai pelanggan setia iaitu peserta yang telah lama menyertai pelan takaful, di mana disebabkan oleh kesilapan yang kecil, peserta tersebut tidak berhak untuk mendapat bayaran pampasan. Sekiranya pembayaran tuntutan tidak dibuat, ia akan mengakibatkan kerugian kepada syarikat sekiranya pelanggan beralih kepada syarikat lain ataupun pelanggan tidak lagi menawarkan peluang perniagaan di masa hadapan.

Ketiga, pembayaran ihsan kepada peserta di atas sebab kes 'merit, yang tersendiri. Pembayaran dibuat atas dasar tanggungjawab sosial dan perasaan simpati kepada pesertayangkehidupannya susah dan miskin serta tiada punca pendapatan untuk menyara kehidupan.

Sumber : Berita Harian (20 Mac 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Keadaan Halang Tuntut Takaful.

Soalan : Apakah sebab kepada terhalangnya pembayaran tuntutan atau 'claim' oleh syarikat takaful kepada peserta?

Jawaban : Beberapa keadaan di mana peserta boleh terhalang untuk mendapat tuntutan takaful seperti dalam beberapa situasi di mana peserta tidak memaklumkan segala maklumat yang relevan dan jelas yang boleh mempengaruhi syarat sesuatu kontrak. Contohnya apabila peserta tidak mendedahkan keadaan kesihatan semasa ataupun boleh juga kesilapan daripada pihak takaful yang tidak memberikan penjelasan yang jelas kepada peserta dan akhirnya akan menjejaskan proses tuntutan takaful oleh peserta.

Peserta juga hendaklah memastikan pelan takaful yang disertai adalah jelas daripada sudut takrif kecederaan atau keilatan sebagaimana yang dinyatakan di dalam kontrak. Ini bagi memastikan tuntutan takaful tidak akan ditolak sekiranya berlaku sebarang kecederaan ataupun bagi pembayaran kos hospitaliti dan sebagainya. Peserta juga perlu memahami dan jelas berkenaan dengan risiko yang tidak dilindungi dan bayaran tuntutan tidak dapat dipenuhi sekiranya peserta didapati membunuh diri, mempunyai penyakit AIDS dan lain-lain. 

Secara teknikalnya telah dinyatakan di dalam sijil takaful bahawa apabila sesuatu musibah berlaku, peserta atau pemilik sijil perlu membuat makluman kepada pengendali takaful secara bertulis dalam tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu antara 14 hari sehingga ke 30 hari. Mereka kemudiannya perlu mengisi borang tuntutan yang perlu dihantar kepada pengendali takaful dan disertakan bersama dokumen sampingan seperti laporan kesihatan, surat kematian, bil hospital dan sebagainya. Secara asasnya, apabila terdapat tuntutan dari pihak peserta diterima, pihak takaful akan menyiasat terlebih dahulu tuntutan yang dibuat dan seterusnya pihak takaful akan menyediakan peruntukan yang mencukupi bagimkos tuntutan yang dilakukan. Segala tuntutan yang dilakukan mestilah bertepatan dengan pelan yang disertai sahaja dan waris peserta tidak akan dibayar melebihi daripada apa yang telah dipersetujui di dalam kontrak.

Hakikatnya lambat atau cepat bayaran tuntutan adalah bergantung kepada tindakan pihak yang membuat tuntutan itu. Perkara yang harus diambil berat oleh peserta khususnya apabila peserta menyertai sesuatu pelan takaful adalah memahami segala terma dan syarat yang dinyatakan di dalam sijil takaful agar tidak timbul sebarang masalah apabila membuat sebarang tuntutan.

Sumber : Berita Harian (20 Mac 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Penyerahan Mutlak Patuh Syariah

Soalan : Bagaimanakah pengamalan 'Absolute Assigment' iaitu penyerahan mutlak yang diaplikasikan dalam syarikat takaful.

Jawapan : Konsep penyerahan mutlak adalah konsep di mana pemegang polisi akan menyerahkan hak mutlak manfaat insurans kepada pihak lain selain waris jika berlaku kematian kepada pemegang polisi. Menerusi pengalaman penyerahan mutlak dalam insurans ini, tiada sebarang elemen tidak patuh syariah dan ia dibenarkan untuk diamalkan dalam takaful.

Penggunaan konsep penyerahan mutlak berdasarkan kepada keperluan semasa bertujuan membantu waris peserta menyelesaikan hutang tertunggak dengan institusi kewangan yang sah. Pelaksanaan penyerahan mutlak dalam takaful hanya terhad dalam produk takaful keluarga membabitkan orang utama dalam keluarga atau syarikat seperti pemilik, pengasas atau kakitangan penting seperti pengarah urusan.

Objektif utama adalah untuk kemaslahatan entiti perniagaan serta memastikan syarikat tidak terjejas apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka kepada pihak berkenaan. Kehilangan mereka berkemungkinan memberi kesan negatif terhadap syarikat. Jika berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada orang penting itu, maka manfaat takaful akan dibayar kepada institusi kewangan yang sah bagi menyelesaikan mana-mana hutang tertunggak.

Namun perlindungan berkenaan bukan menerusi kaedah penyerahan semata-mata tetapi pihak syarikat akan mengambil perlindungan orang penting menerusi produk khusus. Syarikat akan menjadi peserta dan orang utama adalah orang yang dilindungi. Jika berlaku musibah seperti kematian atau ditimpa keilatan kekal maka manfaat takaful akan dibayar kepada syarikat.

Daripada perspektif Islam, kepen reputasi yang ada pada orang penting itu diambil daripada konsep Syarikah Al Wujuh iaitu persyarikatannya berdasarkan kepada reputasi, nama baik dan keahlian dalam perniagaan rakan kongsi.

Sumber : Berita Harian Ahad (13 Mac 2016)
Tulisan : Farah Adibah & Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Larangan Unsur Maisir

Soalan : Salah satu unsur tidak patuh syariah dalam insurans adalah unsur maisir pada pembayaran manfaat insurans kepada pemegang polisi. apakah yang dimaksudkan dengan maisir dan kesannya kepada pemegang polisi dan juga syarikat insurans.

Jawaban : Maisir daripada segi bahasa bermaksud mendapat sesuatu dengan cara mudah atau mendapat keuntungan tanpa berusaha mengerjakannya. Ini termasuklah apa juga aktiviti membabitkan pertaruhan, di mana pihak yang menang akan mengambil semua pertaruhan dan yang kalah kehilangan pertaruhannya.

Larangan kepada urus niaga membabitkan maisir telah dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah al-Maidah, ayat 90).

Islam melarang umatnya terbabit dengan sebarang unsur yang tidak patuh syariah seperti unsur maisir dalam insurans. Unsur maisir wujud apabila kontrak jual beli yang digunakan syarikat insurans tidak memenuhi syarat dan rukun yang ditetapkan syarak iaitu pemegang polisi akan mendapat manfaat insurans hanya selepas musibah berlaku. Jika tiada sebarang musibah dan kemalangan berlaku kepada pemegang polisi, wang premium dan manfaat tidak akandiperoleh oleh pemegang polisi.

Di sinilah berlakunya unsur maisir atau perjudian kerana harta itu hanya akan diserahkan setelah pemegang polisi ditimpa musibah. Kesan unsur maisir akan menyebabkan kerugian kepada salah satu pihak sama ada pemegang polisi atau syarikat insurans. Jika musibah tidak berlaku, maka syarikat akan mendapat kelebihan daripada wang itu. Tetapi jika berlaku musibah, syarikat insurans terpaksa membayar tuntutan yang bberkemungkinan akan melebihi jumlah premium diterima.

Contoh,seorang pelanggan membayar RM100 sebulan dan pada bulan kelima, beliau terbabit kemalangan sehingga mengalami kecederaan. Syarikat akan membayar RM100,000 sebagai pampasan seperti telah dipersetujui pada peringkat awal. Bayangkan perkara yang sama berlaku kepada pelanggan lain. Tentulah syarikat akan menanggung kerugian.

Oleh itu, sebagai penyelesaian terbaik bagi mengelakkan kerugian kepada pemegang polisi dan syarikat insurans adalah menggunakan sistem takaful iaitu risiko ditanggung oleh Dana Tabarru', bukannya pihak syarikat.

Dengan kata lain, apabila berlaku musibah kepada peserta, syarikat takaful akan mengambil peruntukan dalam Tabung Tabarru' untuk diserahkan sebagai manfaat kepada peserta. Ia tidak membabitkan wang syarikat kerana peserta takaful saling tanggung-menanggung dan jamin-menjamin antara satu sama lain. Justeru, larangan terbabit dalam sebarang unsur yang tidak patuh syariah dalam transaksi muamalah adalah untuk kepentingan umat itu sendiri demi menjaga kepentingan masyarakat dan mengelak sebarang kezaliman kepada pihak yang terbabit.

Sumber : Berita Harian Ahad (13 Mac 2016)
Tulisan : Farah Adibah & Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Takaful Ikhlas Menang Anugerah Antarabangsa



Kuala Lumpur: Takaful Ikhlas Bhd, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB), memenangi Anugerah Perbankan dan Kewangan Global Eropah 2016 - Syarikat Takaful Terbaik (Malaysia) daripada The European Magazine.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, ia bukti usaha berterusan syarikat meningkatkan ekuiti jenama dalam kalangan pelanggan.

“Kami bekerja keras meningkatkan pengalaman jenama kami melalui pembabitan pelanggan dalam semua saluran pemasaran.

“Kami ingin menyatakan penghargaan dan terima kasih kami untuk anugerah ini dan kepada pelanggan kami atas kepercayaan serta sokongan mereka,” katanya.

The European Magazine adalah rakan kongsi berita Thomson Reuters dan mempunyai rangkaian pengedaran yang termasuk beberapa pembuat keputusan kanan di seluruh dunia.

Sumber : Harian Metro (10 Mac 2016)


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About