Larangan Unsur Maisir

Soalan : Salah satu unsur tidak patuh syariah dalam insurans adalah unsur maisir pada pembayaran manfaat insurans kepada pemegang polisi. apakah yang dimaksudkan dengan maisir dan kesannya kepada pemegang polisi dan juga syarikat insurans.

Jawaban : Maisir daripada segi bahasa bermaksud mendapat sesuatu dengan cara mudah atau mendapat keuntungan tanpa berusaha mengerjakannya. Ini termasuklah apa juga aktiviti membabitkan pertaruhan, di mana pihak yang menang akan mengambil semua pertaruhan dan yang kalah kehilangan pertaruhannya.

Larangan kepada urus niaga membabitkan maisir telah dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah al-Maidah, ayat 90).

Islam melarang umatnya terbabit dengan sebarang unsur yang tidak patuh syariah seperti unsur maisir dalam insurans. Unsur maisir wujud apabila kontrak jual beli yang digunakan syarikat insurans tidak memenuhi syarat dan rukun yang ditetapkan syarak iaitu pemegang polisi akan mendapat manfaat insurans hanya selepas musibah berlaku. Jika tiada sebarang musibah dan kemalangan berlaku kepada pemegang polisi, wang premium dan manfaat tidak akandiperoleh oleh pemegang polisi.

Di sinilah berlakunya unsur maisir atau perjudian kerana harta itu hanya akan diserahkan setelah pemegang polisi ditimpa musibah. Kesan unsur maisir akan menyebabkan kerugian kepada salah satu pihak sama ada pemegang polisi atau syarikat insurans. Jika musibah tidak berlaku, maka syarikat akan mendapat kelebihan daripada wang itu. Tetapi jika berlaku musibah, syarikat insurans terpaksa membayar tuntutan yang bberkemungkinan akan melebihi jumlah premium diterima.

Contoh,seorang pelanggan membayar RM100 sebulan dan pada bulan kelima, beliau terbabit kemalangan sehingga mengalami kecederaan. Syarikat akan membayar RM100,000 sebagai pampasan seperti telah dipersetujui pada peringkat awal. Bayangkan perkara yang sama berlaku kepada pelanggan lain. Tentulah syarikat akan menanggung kerugian.

Oleh itu, sebagai penyelesaian terbaik bagi mengelakkan kerugian kepada pemegang polisi dan syarikat insurans adalah menggunakan sistem takaful iaitu risiko ditanggung oleh Dana Tabarru', bukannya pihak syarikat.

Dengan kata lain, apabila berlaku musibah kepada peserta, syarikat takaful akan mengambil peruntukan dalam Tabung Tabarru' untuk diserahkan sebagai manfaat kepada peserta. Ia tidak membabitkan wang syarikat kerana peserta takaful saling tanggung-menanggung dan jamin-menjamin antara satu sama lain. Justeru, larangan terbabit dalam sebarang unsur yang tidak patuh syariah dalam transaksi muamalah adalah untuk kepentingan umat itu sendiri demi menjaga kepentingan masyarakat dan mengelak sebarang kezaliman kepada pihak yang terbabit.

Sumber : Berita Harian Ahad (13 Mac 2016)
Tulisan : Farah Adibah & Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About