Aset Dana Takaful IKHLAS Naik 1.3 Kali Ganda



Kuala Lumpur: Takaful lkhlas Berhad (Takaful IKHLAS) mencatatkan pertumbuhan stabil dengan aset dana melepasi tahap pertumbuhan industri pada kadar 1.3 kali ganda dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Takaful IKHLAS turut meningkatkan sumbangan syarikat bagi tahun kewangan semasa mencecah RM909 juta berbanding RM829 juta sebelumnya manakala perniagaan takaful keluarga pula menyumbang 68 peratus diikuti takaful am yang mewakili 32 peratus.

Kadar pertumbuhan takaful keluarga juga menggalakkan menerusi produk perubatan dan kesihatan serta produk berkaitan pelaburan.

Pengurus Agensi Kumpulan Takaful IKHLAS, Abdul Wahab Mat Ariff berkata, pihaknya sentiasa membuka peluang melahirkan ramai perunding takaful berjaya.

Menurutnya, pasaran industri takaful masih besar dan lebih kurang 13 peratus saja daripada jumlah penduduk di Malaysia mempunyai perlindungan takaful.

“Kami menyarankan untuk lepasan graduan memilih kerjaya sebagai perunding takaful kerana peluang pasaran yang besar dan berpotensi menjana pendapatan.

“Paling penting, produk takaful tidak hanya mengenai perlindungan perubatan dan nyawa, malah meliputi semua segmen iaitu pengurusan aliran tunai, risiko, pelaburan, cukai dan zakat, persaraan dan pembahagian harta pusaka," katanya selepas meraikan ejen yang menunjukkan prestasi cemerlang pada Majlis Makan Malam Anugerah, baru-baru ini.

Antara ejen yang menerima anugerah pada malam berkenaan ialah Pengarah Usrah Associates, Abdul Wahab Mat Ariff, Samian Senin dan Wakil Korporat Takaful Ikhlas Bhd, Razihan Che Daud.



Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Pelan Pendidikan Takaful Ringan Beban Ibu Bapa



Perpaduan dan integrasi adalah dua proses yang berbeza namun mempunyai kaitan sangat rapat. Perpaduan negara ialah satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik,agama dan wilayah,hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dan memberi komitmen yang penuh kepada negara.

Integrasi nasional pula merujuk kepada proses dinamik bagi merapatkan lagi masyarakat negeri dalam negara bagi membentuk satu bangsa Malaysia berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Perpaduan dapat dicapai melalui beberapa strategi yang telah dikenal pasti antaranya melalui penggunaanbahasa kebangsaan dan sistem pendidikan negara pada hari ini.

Pendidikan yang sempurna adalah satu keperluan yang penting bagi jaminan generasi akan datang sekali gus demi melahirkan masyarakat yang benar-benar berilmu.

Nilai seseorang individu adalah bergantung kepada ketinggian ilmu yang ada di dalam dirinya dan hanya pendidikan sahaja yang dapat menjamin kesejahteraan diri, keluarga juga kepada negara.

Hari ini, didikan dan perhatian terhadap adab serta pemahaman agama sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Kesannya amat besar kepada kehidupan kerana dengan sifat kurangnya adab akan menimbulkan permusuhan dan akhirnya akan tercetusnya pergaduhan sehingga merugikan diri, masyarakat dan juga negara.

Hormati satu sama lain
Seharusnya sikap menghormati satu sama lain hendaklah dididik daripada awal seperti pepatah yang menyebut 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya'.

Anak seharusnya didik daripada kecil dan contoh terbaik adalah daripada ibu bapa sendiri kerana golongan dewasa yang akan menjadi contoh kepada generasi akan datang Sekiranya tidak dibendung, maka generasi akan datang akan binasa dan tidak dapat diubah lagi.

Jaminan pendidikan yang sempurna merangkumi pendidikan secara langsung yang bermula di sekolah dan di rumah. Negara kita telah mempunyai sistem pendidikan yang cemerlang, dengan sukatan pelajaran yang tersendiri dan jadual peperiksaan yang tersusun.

Namun tidak semua masyarakat yang bernasib baik untuk mendapat pendidikan yang sempurna kerana kekangan kewangan.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita sedia maklum bahawa pendidilan amat penting untuk berjaya maka kita mula menyimpan demi masa hadapan anak.

Tabungan sejak kecil  
Diharapkan ibu bapa hari ini dapat memulakan sistem tabungan yang berhemah sejak anak dilahirkan demi memastikan jaminan masa depan anak.

Simpanan pendidikan anak harus dibuat dalam tempoh jangka masa yang panjamh, sebaiknya selama 20 hingga 25 tahun sebelum mereka melanjutkan pengajian ke universiti.

Yang dirisaukan ialah sekiranya simpanan ini mungkin tidak mencukupi kerana kos pendidikan kini semakin meningkat.

Ramai yang tidak sedar bahawa Pelan Pendidikan Takaful ada untuk membantu ibu bapa membuat persiapan simpanan bagi pendidikan masa panjang.

Pelbagai insentif dan manfaat bakal dinikmati sekali gus meringankan bebanan ibu bapa menangani masalah kewangan untuk pendidikan.

Di samping itu, perlindungan takaful pendidikan juga dapat membantu pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran meneruskan pengajian.

Pelan Pendidikan Takaful menyediakan tabungan simpanan dan perlindungan tambahan seperti manfaat perubatan atau penyakit kritikal kepada anak. Malah melalui perlindungan tambahan (rider) yang juga membolehkan perlindungan turut disediakan kepada penyumbang dana tabungan iaitu ibu bapa.

Bukan itu sahaja Pelan Pendidikan Takaful turut menyediakan elemen pelaburan untuk jangka masa panjang yang mana sumbangan yang dicarum oleh ibu bapa akan dilaburkan.

Ibu bapa tidak perlu lagi risau untuk membuat pinjaman kerana jumlah tahunan takaful setiap bulan telah tersedia sejak awal, malah membuat pinjaman itu sendiri sebenarnya bakal menjadi satu beban yang kekal lama perlu digalas.

Bebas hutang dan bebas daripada beban kewangan juga adalah satu corak kemerdekaan. Ia hanya akan dirasai oleh orang yang benar-benar berusaha untuk hidup tenang pada hari ini dan masa akan datang.

Generasi hari ini seharusnya dicelikkan bahawa kemerdekaan bukan sahaja tertumpu kepada kebebasan negara daripada cengkaman penjajah semata malah skop kemerdekaan itu merangkumi pelbagai sudut pemikiran, sikap dan tingkah laku mereka dan generasi akan datang.

Hakikatnya, melahirkan masyarakat bebas hutang juga satu perjuangan bagi memerdekakan jiwa manusia itu.

Sumber : Harian Metro (28 Ogos 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahaman & Farah Adibah Mohd Apandi



Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Perlindungan Takaful Satu Keperluan



Menabung adalah suatu amalan yang sangat digalakkan dalam Islam kerana banyak kelebihan dan kebaikan tersembunyi yang lazimnya hanya disedari ia sangat bermanfaat ketika individu itu berada dalam keadaan terdesak mahupun kecemasan.

Keutamaan menabung dilihat sebagai persediaan kewangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Bagaimanapun, kebanyakan ahli masyarakat hari ini seolah kurang mengambil berat dalam menyediakan tabungan sebagai rutin malah tidak mengambil berat soal tabungan kecemasan.

Sikap leka begini akhirnya akan membebankan ahli keluarga lain. Contohnya, suami adalah ketua keluarga dan wajib memikirkan banyak perkara berkaitan perjalanan rumah tangga. Jika beliau tidak membuat persediaan dan tiba-tiba ditimpa kesakitan atau kematian, tentulah keluarga bakal berhadapan kesusahan.

Sebagai pencari nafkah utama, kehilangan sumber pendapatan sememangnya memberi impak besar kepada keluarga. Ketika itu barulah timbul rasa kesal jika tiada tabungan dan sumber kewangan ibarat pepatah Melayu, 'sudah terhantuk baru terngadah'.

Konsep menabung
Justeru, bagi menggalakkan konsep menabung dipupuk sejak kecil, soal berbelanja perlu diperhalusi iaitu hanya kepada perkara yang benar-benar perlu, bukan mengikut kehendak nafsu semata.

Dunia hari ini menyaksikan kemunculan produk insuran dan takaful sebagai alternatif bagi kehilangan punca pendapatan akibat musibah. skim perlindungan takaful bukan sahaja memfokuskan tabungan malah turut mengambil kira cara menggantikan pendapatan yang hilang jika berlaku sebarang musibah.

Dengan menyertai pelan perlindungan takaful, seseorang itu sebenarnya telah melindungi pendapatannya dan turut memberi jaminan pendapatan keluarga. Hari ini perlindungan takaful bukan lagi dikira sebagai kehendak tetapi lebih kepada keperluan kerana apa saja yang diperoleh boleh hilang sekelip mata.

Sumber : Harian Metro (20 Ogos 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahaman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About