Prinsip Rabbaniyah Bersumber Wahyu

Soalan : Satu daripada prinsip ekonomi Islam adalah rabbaniyah. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip rabbaniyah dan bagaimanakah prinsip itu diaplikasikan dalam ekonomi Islam.

Jawapan : Islam agama yang lengkap dengan sistem dan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Setiap sistem bertujuan memberikan panduan kepada manusia untuk menjalani kehidupan dengan lebih teratur dan sistematik dari sudut ibadah, muamalah, jenayah dan sebagainya. Menjadi tanggungjawab manusia untuk mengikuti dan mengamalkan peraturan yang ditetapkan berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti).” (Surah al-Maidah, ayat 48).

Prinsip rabbaniyah berkaitan dengan ketuhanan iaitu segala konsep, hukum, peraturan, nilai yang terkandung di bawah prinsip itu bersumberkan wahyu Allah SWT. Dengan adanya prinsip ketuhanan ini dapat memastikan setiap urusan kehidupan manusia terutamanya dalam sistem ekonomi yang dijalankan oleh dua pihak terbabit selaras dengan batas syariah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Di dalam aktiviti ekonomi Islam, prinsip rabbaniyah ditekankan untuk mengelakkan umat Islam terbabit aktiviti tidak patuh syariah seperti riba, gharar dan maisir kerana sistem ekonomi Islam juga tidak lari daripada dosa dan pahala.

Selain itu, prinsip rabbaniyah dalam aktiviti ekonomi bertujuan mendapatkan keredaan Allah SWT. Mereka yang memahami konsep ini akan memastikan segala urusan dan aktiviti ekonomi dijalankan tidaklah bermatlamatkan mencapai keuntungan semata-mata. Orang yang memahami tujuan hidup mereka menuju Allah SWT akan menganggap kegiatan ekonomi adalah manifestasi kehambaan kepada Allah SWT dan setiap perkara yang dilarang mempunyai hikmah tersendiri.

Contohnya, tidak semua umat Islam memahami apakah hikmah di sebalik pengharaman riba dan sekarang aktiviti riba seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan rata-rata menganggapnya 'alah bisa tegal biasa'. Namun, bagi orang yang beriman kepada Allah SWT apabila al-Quran dan hadis dengan jelas mengharamkan aktiviti riba, mereka tidak akan berlengah untuk meninggalkannya. Inilah bukti iman kita kepada Yang Maha Esa.

Sumber : Berita Harian Ahad (28 Febuari 2016)
Tulisan : Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Kontrak Sempurna Perlu Reda Meredai

Soalan : Setiap transaksi yang dilakukan oleh seseorang Muslim mestilah mempunyai akad dan kontrak jelas yang telah ditetapkan oleh syarak. Apakah rukun dan syarat yang sempurna menurut pandangan Islam dan apakah akad yang digunakan dalam talaful.

Jawapan : Allah SWT telah memberikan garis panduan umum dalam al-Quran yang perlu dipatuhi mereka terbabit menjalankan sesuatu kontrak. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah segala akad kamu.” (Surah al-Maidah, ayat 1). 

Berdasarkan ayat itu, Allah SWT memerintahkan mereka yang berkontrak mematuhi syarat yang telah dipersetujui bersama semasa akad dilangsungkan. Ini bermakna, setiap pihak yang berkontrak hendaklah saling reda meredai dan mempersetujui syarat telah ditetapkan di dalam kontrak.

Kontrak yang tidak sempurna rukun dan syaratnya akan dianggap terbatal. Hasilnya, kontrak itu tidak mempunyai apa-apa kesan dan mereka yang terbabit juga akan berdosa. Kontrak boleh terbentuk jika cukup rukun dan syarat yang telah ditetapkan oleh Islam.

Menurut majoriti ulama, akad terbentuk melalui tiga rukun iaitu al-'aqidain iaitu membabitkan dua pihak yang berakad - penjual dan pembeli dalam akad bai, (jual beli). Kedua, mahallul aqd iaitu subjek kepada aqad (harta yang dijual beli seperti kenderaan, rumah dan sebagainya). Ketiga, sighah iaitu ijab (tawaran) dan qabul (penerimaan). Ia dilafazkan secara lisan atau bertulis oleh kedua pihak yang berakad.

Kontrak yang digunakan oleh institusi takaful berbeza daripada konsep pertukaran harta seperti akad jual beli. Akad yang digunakan oleh takaful berdasarkan kepada tabarru' iaitu pemberian tanpa mengharapkan balasan. Takaful menekankan konsep saling bantu membantu dan konsep tabungan iaitu pengumpulan dana daripada sumbangan sekumpulan peserta yang akan membantu peserta ditimpa musibah. Oleh itu, kontrak jual beli adalah tidak sesuai digunakan dalam takaful kerana tiada sebarang pertukaran kepada subjek akad ataupun harta yang akan diserahkan kepada pihak berkontrak.

Walau bagaimanapun, setiap aktiviti skim takaful hendaklah jelas bagi memastikan akad dan kontrak tidak memplmyai sebarang unsur ketidakpastian (gharar). Peserta hendaklah mengetahui dengan jelas sebarang transaksi yang dilakukan oleh pengendali takaful seperti bayaran wakalah daripada pengurusan dana risiko, pelaburan yang dilakukan adalah patuh syariah dan manfaat akan diterima setelah tempoh siji] matang ataupun pampasan yang akan diperoleh jika berlaku musibah kepada peserta.

Sumber : Berita Harian Ahad (28 Febuari 2016)
Tulisan : Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Takaful Sedia Badal Haji

Soalan : Ada sesetengah umat islam yang tidak sempat menunaikan haji disebabkan terlalu uzur atau meninggal dunia. Oleh itu, adakah terdapat manfaat takaful selain daripada hibah dan wasiat yang dapat membantu peserta untuk menunaikan haji?

Jawapan : Takaful menyediakan pengurusan kewangan secara efektif bukan saja melalui hibah dan wasiat bahkan peserta dapat membuat badal haji.

Daripada manfaat takaful yang diperoleh oleh peserta, sebahagian manfaat akan diperuntukkan kepada Tabung Haji untuk digunakan bagi membuat upah haji ataupun badal haji kepada peserta yang mengalami masalah kesihatan ataupun kematian disebabkan oleh terjadinya musibah kepada peserta.

Badal bermaksud kepada ganti, pengganti atau yang digantikan. Oleh itu badal haji adalah menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan semua rukun Islam.

Ada beberapa pengendali takaful yang menyediakan konsep badal haji dalam produk takaful seperti Takaful Ikhlas Berhad. Peserta yang berminat boleh membuat permohonan badal haji melalui kaedah wasiat yang dinyatakan dalam borang pada awal penyertaan takaful.

Bagaimanapun peserta hanya boleh memperuntukkan manfaat takaful bagi tujuan badal haji tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah manfaat yang diperoleh kerana lebihan tersebut akan dibahagikan kepada waris mengikut kaedah faraid ataupun hibah setelah ditolak hutang peserta.

Sumber : Harian (21 Febuari 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Dapat Manfaat Hibah Selepas Kematian Peserta

Soalan : Hibah diklasifikasikan sebagai salah satu instrumen pengurusan kewangan Islam yang digunakan dalam takaful. Berdasarkan kepada pengamalan takaful pada hari ini, apakah yang dimaksudkan dengan hibah dan siapakah yang berhak untuk menjadi penama dan penerima hibah di dalam pembahagian manfaat takaful peserta?

Jawapan : Hibah adalah suatu perkataan yang jarang didengari oleh masyarakat, namun sebenarnya pemberian hibah sudah lama dipraktikkan di dalam muamalat sesama manusia sejak zaman berzaman.

Hibah secara mudahnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah yang berlandaskan akad yang memfokuskan pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya tanpa mengharapkan balasan ('iwad).

Hibah biasanya diberi atas dasar kasih sayang dan berlaku secara sukarela semasa pemilik harta masih hidup namun pertukaran hak milik bagi harta tersebut hanya akan dilaksanakan selepas kematian pemilik harta. 

Konsep hibah di dalam takaful dilaksanakan berdasarkan kepada hibah bersyarat iaitu penerima hibah hanya layak untuk mendapat manfaat takaful selepas berlakunya kematian ataupun musibah kepada peserta. Bermaksud penerima hibah akan menerima manfaat tertakluk kepada tempoh masa yang tertentu kerana hibah akan terlaksana setelah kematian peserta dan selepas tempoh matang sijil.

Jika peserta masih hidup sehingga tempoh matang sijil maka, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa.

Peserta berhak untuk memilih sesiapa yang layak untuk menjadi penerima hibah bagi menerima manfaat takaful sekiranya berlaku kematian kepada peserta. Namun begitu, nama yang dicadang perlulah terdiri sama ada ibu bapa,pasangan yang sah,anak dan adik beradik.

Penerima hibah adalah pemilik yang mutlak kepada manfaat takaful berbanding keadaan sebelum ini yang menggunapakai kaedah wasiat yang membahagikan manfaat takaful mengikut faraid.

Ini bermaksud penerima hibah bukanlah sebagai pemegang amanah yang akan bertanggungjawab untuk membahagikan manfaat takaful kepada ahli waris yang lain tetapi penerima hibah secara mutlak boleh memanfaatkan sepemuhnya pemberian hibah manfaat takaful tersebut.

Selain itu, peserta juga boleh membatalkan hibah ataupun menukar penama penerima hibah selagi mana peserta masih hidup dan tidak melakukan penyerahan (qabadh) kerana hibah masih belum terlaksana. 

Kebiasaannya penukaran ke atas penama penerima hibah disebabkan oleh faktor terbatalnya penamaan hibah seseorang kerana berlaku kema tian penama ataupun berlaku pembatalan secara bertulis daripada peserta takaful itu sendiri.

Hakikatnya, konsep hibah yang dilaksanakan oleh takaful adalah penting bagi menguruskan manfaat takaful peserta selain daripada wasiat.

Sumber : Harian (21 Febuari 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Takaful Ikhlas Kuasai 12% Pasaran

Kuala Lumpur : Takaful Ikhlas Bhd (Takaful IKHLAS), anak syarikat MNRB Holdings Bhd menyasarkan pendapatan sumbangan kasar takaful berjumlah RMl bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, sasaran itu adalah realistik untuk dicapai melalui pengenalan produk lebih inovatif dan penambahan jumlah pemegang polisi.

“Untuk memastikan perluasan produk dan penambahan pemegang polisi, kami berhasrat menambah bilangan ejen takaful keluarga kepada 5,000 orang menjelang tahun depan daripada 3,000 ejen ketika ini,” katanya di sini.

Sehingga kini, Takaful IKHLAS menawarkan kira-kira 90 produk takaful dengan sekitar dua juta pemegang polisi di seluruh negara dan memiliki 13 cawangan di bandar utama seluruh Malaysia.

Beliau berkata, syarikat sudah berjaya meraih pendapatan sumbangan kasar takaful berjumlah RM826 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015 di mana ia melebihi jumlah pendapatan tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM769.6 juta.

“Kita sudah melepasi kutipan tahun lalu untuk tahun ini namun ia belum dapat dimuktamadkan lagi kerana tahun kewangan semasa kami belum berakhir. Apa yang dapat saya ulas adalah takaful keluarga kekal menjadi penyumbang terbesar iaitu 65 peratus manakala baki 35 peratus lagi adalah takaful am," katanya. 

Ketika ini, Takaful IKHLAS menguasai 12 peratus pasaran takaful di Malaysia dan berada pada kedudukan keempat daripada sumbangan kasar di belakang Etiqa Takaful, Takaful Malaysia dan PruBSN.

Mengenai unjuran pasaran tahun ini, Ab Latiff berkata, Takaful IKHLAS kekal optimis dengan kedudukan perniagaan pada 2016 meskipun industri takaful dijangka terus berdepan cabaran ekoran keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan.

Sumber : Harian Metro (15 Febuari 2016)


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Produk Berinovasi - Takaful Ikhlas

"LIFTF mampu kurangkan jurang perlindungan di Malaysia"

Kuala Lumpur : Pengenalan Rangka Kerja Insurans Hayat dan Takaful Keluarga (LIFTF) diyakini mampu mengurangkan jurang perlindungan di Malaysia selari dengan usaha kerajaan bagi mencapai kadar penembusan insurans dan takaful sebanyak 75 peratus menjelang 2020 berbanding 54 peratus pada 2013.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas) Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada inisiatif khusus yang ditawarkan menerusi rangka kerja berkenaan.

Menurutnya, ia menggalakkan inovasi dan pasaran lebih kompetitif dibantu oleh profesionalisme dan ketelusan bertahap lebih tinggi dalam menyediakan produk atau perkhidmatan insurans dan takaful.

“Apa paling utama, rangka kerja ini akan memastikan pengguna terus menerima nasihat dan perkhidmatan sesuai daripada pengendali insurans serta takaful di negara katanya, di sini.

LIFTF diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada November 2013 bertujuan menyokong pembangunan jangka panjang bagi industri terbabit melalui perubahan kepada persekitaran operasi baru. Rangka kerja ini akan mula dilaksanakan secara percubaan bermula Julai ini sebelum dijadikan dasar serta dikuatkuasakan sepenuhnya pada Julai 2018.

Beliau berkata, terdapat tiga bidang utama LIFTF iaitu operasi lebih fleksibel bagi merangsang inovasi produk, kepelbagaian saluran perniagaan bagi meluaskan capaian dan memperbaiki amalan/pengendalian pasaran bertujuan untuk mempertingkatkan perlindungan pengguna.

“LIFTF akan menghentikan had kos operasi yang sebelum ini terhad disebabkan garis panduan Kawalan Kos Operasi (OCC) BNM, sekali gus membolehkan pengguna menikmati lebih banyak jenis produk perlindungan serta khidmat kewangan apabila lebih fleksibiliti diberikan kepada pengendali insurans dan takaful untuk menginovasi produk mereka," katanya.

Pada masa sama, pengguna memiliki lebih banyak peluang memilih agensi saluran bagi mendapatkan produk insurans hayat atau takaful keluarga apabila LIFTF akan mempelbagaikan saluran pengagihan. 

Antara intipati kepelbagaian saluran pengagihan itu adalah saluran langsung yang diakses meluas (perolehan sijil langsung tanpa perantara), peruntukan produk bebas komisen, pembandingan produk takaful atas talian dan rangka kerja penasihat kewangan dipertingkatkan.

Sumber : Harian Metro (15 Febuari 2016)
Tulisan : Sofyan Rizal Ishak


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Dilarang Bantu Militan

Soalan : Amalan bersedekah dan menderma sangat digalakkan. Bagaimana pula dengan amalan menyalurkan bantuan kewangan atau membiayai sebarang aktiviti bagi tujuan keganasan.

Jawapan : Kebelakangan ini terdapat pelbagai tragedi keganasan berlaku sebagaimana dilaporkan media massa seperti kejadian tembak menembak di Paris dan yang terkini di Indonesia. Perbuatan berkaitan aktiviti keganasan sama ada pengebom berani mati atau peperangan sebenarnya telah menyebabkan ramai orang awam dan tidak bersalah menjadi korban.

Semua agama di dunia tidak mengiktiraf perbuatan penganiayaan dan penindasan apatah lagi keganasan kerana ia bersifat tidak berperikemanusiaan. Oleh itu, sebarang pembiayaan terhadap keganasan adalah sama sekali tidak dibenarkan. Aktiviti pembiayaan keganasan merujuk kepada perbuatan menyediakan sokongan kewangan melalui sumber yang sah atau tidak. Ada kala sumbangan kewangan itu diperoleh daripada derma dan bantuan orang ramai tanpa sedar.

Contohnya pembiayaan dikendalikan oleh pertubuhan kecil yang tidak diketahui statusnya. Sumbangan itu disalurkan kepada pihak militan sebagai tanda bantuan dan sokongan. Pembiayaan keganasan kini lebih canggih dengan wujudnya pelbagai kemudahan transaksi yang disediakan institusi kewangan.

Oleh itu, penjenayah boleh menggunakan pelbagai cara untuk menyalurkan wang berkenaan. Perbuatan ini jelas dilarang oleh Islam kerana Islam tidak pernah menggalakkan umatnya membantu bagi hal mungkar. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Surah al- Maidah, ayat 2.)

Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha dan mengawal aktiviti berkaitan keganasan, malah Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 serta beberapa garis panduan telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk dilaksanakan pada semua institusi kewangan. 

Sumber : Harian (14 Febuari 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Serah Kepada Baitulmal

Soalan : Bagaimanakah cara menguruskan dan melupuskan harta tidak patuh syariah iaitu harta yang diperoleh daripada transaksi menyalahi syariat.

Jawapan : Harta tidak patuh syariah merujuk kepada harta yang diperoleh daripada transaksi yang bertentangan dengan syariat Islam. Harta itu dikategorikan sebagai harta tidak diiktiraf syarak yang lazimnya daripada aktiviti haram membabitkan riba, gharar (jual beli tidak jelas),maisir(perjudian), rompakan, hasil penyeludupan, rampasan, hiburan tidak menepati syarak,aktiviti membabitkan arak.

Pemilikan kepada harta yang terhasil daripada riba, rasuah dan seumpamanya tidak di sisi syarak, biarpun dari sudut ekonomi ia mempunyai nilai tersendiri. Dari sudut ekonomi, institusi kewangan banyak memainkan peranan dalam muamalah malah institusi kewangan konvensional lebih terdedah kepada elemen tidak patuh syariah seperti riba, gharar dan maisir.

Justeru, majoriti institusi kewangan Islam tidak membenarkan sebarang aktiviti membabitkan elemen yang dilarang syarak terutama yang jelas berkaitan riba, gharar dan maisir. Malah semua aktiviti muamalah dipantau sepenuhnya oleh pihak berautoriti.

Pembabitan dalam aktiviti tidak patuh syariah adalah berdosa bahkan pendapatannya juga boleh membawa kepada syubhah. Oleh itu, apabila seorang menyedari adanya aktiviti yang membawa kepada elemen tidak dibenarkan oleh syarak dalam kehidupan mereka, hendaklah segera bertaubat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah SWT hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan dan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah an-Nisa', ayat 17).

Jalan penyelesaian
Islam telah memberikan jalan penyelesaian bagi harta tidak patuh syariah iaitu dengan cara melupuskannya kerana harta itu tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan cara melupuskan harta tidak patuh syariah adalah dengan menyerahkan kepada Baitulmal untuk kepentingan maslahah umum umat Islam seperti membiayai atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya ataupun diserahkan kepada golongan fakir miskin.

Jika harta itu adalah harta rompak, curi dan seumpamanya, maka perlu diserahkan kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, harta itu mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya dan jika tiada pewaris hendaklah diserahkan kembali kepada Baitulmal.

Hakikatnya, setiap harta yang diperoleh hendaklah diketahui dengan jelas sumbernya bagi mengelak sebarang harta yang tidak halal dengan kehidupan kerana ia akan memberi kesan kepada rohani serta jasmani individu, keluarga dan masyarakat.

Sumber : Harian (14 Febuari 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Terikat Tujuh Prinsip

Soalan : Adakah pengendali takaful menyimpan data pelanggan mereka dengan sebaiknya.

Jawapan : Pada dasarnya perkara berkaitan 'hal peribadi' individu adalah satu amanah yang perlu dirahsiakan, dijaga dan disimpan supaya tidak disebar umum. Peserta takaful memberi kepercayaan kepada pengendali takaful untuk menggunakan data peribadi bagi memudahkan urusan berkaitan penyertaan, penamaan, penamatan dan tuntutan takaful sahaja.

Mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada pengendali takaful untuk menyimpan rahsia atau data peribadi mereka yang tidak boleh dikongsi bersama pihak ketiga tanpa keredaan atau keizinan bertulis. Ramai memandang remeh berkenaan kerahsiaan maklumat peribadi pelanggan sedangkan ia perkara serius. 

Penggunaan maklumat pelanggan oleh pihak yang mempunyai akses perlulah mendapat keizinan bertulis terlebih dahulu. Sebagai pihak yang mempunyai akses terhadap data pelanggan, pengendali takaful diwajibkan menjaga amanah maklumat peserta disimpan sebaiknya. lni bertepatan sabda Nabi Muhammad SAW: “Adalah dilarang mengambil harta orang Muslim tanpa kebenaran”.

Sebagai langkah penjagaan rahsia pelanggan dan syarikat, kakitangan takaful turut diberi kata laluan khusus dalam mengendalikan dokumen peribadi peserta, malah mereka diberi kepercayaan untuk mengendalikan maklumat sulit atau akses khas akaun serta data peribadi syarikat masing-masing. Oleh itu, kakitangan Muslim atau bukan Islam bertanggungjawab menjaga amanah.

Memandangkan maklumat peribadi individu adalah rahsia, tidak boleh disebar atau dikongsi sesuka hati, kerajaan menubuhkan Jabatan Perlindungan Data Peribadi bagi memantau selia penggunaan maklumat diri individu dijaga mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010).

Pengendali takaful terikat dengan tujuh prinsip Perlindungan Data Peribadi yang perlu dipatuhi iaitu Prinsip Am, Prinsip Notis dan Pilihan, Prinsip Penzahiran, Prinsip Keselamatan, Prinsip Pemyimpanan, Prinsip Intergriti Data dan Prinsip Akses.

Perlindungan data untuk memastikan keselamatan maklumat peribadi individu seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah, alamat tempat kerja, nombor telefon, dan nombor kad kredit tidak disalahgunakan oleh orang lain.

Sumber : Harian (07 Febuari 2016)
Tulisan : Wan Jemizan Wan Deraman & Ahmad Termizi Mohamed Din


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Maklumat Tentukan Permohonan

Soalan : Kewajipan peserta mendedahkan maklumat yang benar adalah mengikut Prinsip Penuh Percaya (Utmost Good Faith). Bagaimanakah prinsip itu memainkan peranan dalam takaful.

Jawapan : Pada awalnya penggunaan Prinsip Penuh Percaya adalah konsep insurans. Ia terus dikekalkan kerana konsep itu tidak bertentangan dengan syariah dan selari objektif syariah yang menekankan aspek kejujuran, pendedahan maklumat yang telus dan kejelasan dalam berkontrak.

Dari sudut pelaksanaannya, pihakyang berkuasa iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) boleh menetapkan bentuk pelaksanaan yang sesuai bagi mencapai objektif keadilan dan kesaksamaan kepada pihak yang berkontrak.

Prinsip Penuh Percaya pada asasnya merujuk kewajipan semua pihak berkontrak untuk membuat pendedahan lengkap dan benar. Kedua pihak berkontrak bertanggungjawab memaklumkan segala maklumat relevan yang boleh mempengaruhi syarat ditetapkan dalam sesuatu kontrak.

Di dalam pengamalan takaful, penggunaan konsep Prinsip Penuh Percaya boleh dilihat apabila peserta perlu bertanggungjawab memberikan maklumat yang relevan diperlukan oleh pengendali takaful. Pengendali takaful pula perlu menyatakan dengan jelas maklumat berkaitan pelan atau produk ingin disertai peserta. Maklumat yang diberikan bakal menentukan permohonan boleh diterima atau perlu ditolak.

Berdasarkan keputusan Majlis Penasihat Syariah (MPS) pada 2012 telah memutuskan pengamalan Prinsip Penuh Percaya dibenarkan untuk diaplikasikan dan memastikan kesaksamaan dalam pembabitan kedua-dua pihak iaitu pengendali takaful, juga peserta.

 Justeru itu, pengendali takaful perlu bertanggungjawab menyediakan soalan berkaitan maklumat peribadi, peserta serta soalan khusus mengenai tahap kesihatan diri yang mudah dan ringkas untuk peserta memberikan maklumat diperlukan.

Menjadi peringatan kepada peserta untuk memberikan maklumat yang benar dan telus kepada pengendali takaful. Peserta juga harus mengambil langkah penjagaan yang munasabah supaya tidak melakukan sebarang salah nyata dalam memberikan maklumat.

yang bertentangan akan membawa kepada halangan untuk mendapatkan tuntutan manfaat jika berlaku musibah kepada peserta. Di dalam hal ini, bukan sahaja peserta wajib mematuhi peraturan bahkan pihak ketiga yang dilindungi juga terbabit dalam prinsip penuh percaya ini.

Sumber : Harian (07 Febuari 2016)
Tulisan : Wan Jemizan Wan Deraman & Ahmad Termizi Mohamed Din


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About