Tahap Kesedaran Perlindungan Insurans Rendah



Tapah 24 April - Tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingan mempunyai perlindungan takaful dan insurans masih rendah biarpun pelbagai program kesedaran dan pendidikan dilakukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Bhd. (Takaful Ikhlas), Datuk Ab. Latiff Abu Bakar berkata, masyarakat sering memberikan alasan tidak mampu untuk membayar premium bulanan sedangkan kadar harga premium bagi perlindungan takaful hanya serendah RM20 setahun.

Ujarnya, orang ramai seharusnya mengenal pasti antara keperluan dan kehendak serta melakukan perancangan kewangan yang betul bagi membolehkan mereka komited dengan bayaran premium mengikut jadual.

Beliau berkata, pembayaran mengikut jadual membolehkan pemegang polisi mendapat manfaat penuh daripada syarikat pembekal insurans dan takaful.

“Ramai orang mempunyai perlindungan tetapi ada masalah dengan komitmen bayaran bulanan.

“Harus diingatkan bahawa pembayaran premium bulanan mahupun tahunan perlu dibuat mengikut jadual untuk mengelakkan masalah-masalah lain timbul,” katanya dalam program bual bicara Santai Labur PNB di sini hari ini.

Yang turut hadir selebriti tanah air, Fasha Sandha dan Fara Fauzana.

Program itu diadakan sempena penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia 2016 (MSAM 2016) di Stadium Tun Ahmad Sarji.

Sementara itu, Fasha Sandha turut berkongsi pengalaman beliau mengenai kepentingan pelaburan dan perlindungan insurans.

Ujar Fasha, beliau mula melabur sejak berusia 19 tahun dan pernah melabur di tempat yang salah dan terpaksa menanggung kerugian. “Saya ingin menasihatkan anda semua untuk pilih tempat pelaburan yang betul dan sejak saya ditipu satu masa dahulu saya kini hanya melabur di Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) sahaja,” katanya.


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Takaful Ikhlas Sumbang Dana Bantu Naik Taraf Prasarana

  

Tapah: Takaful Ikhlas Berhad tampil menyumbang dana bagi meningkatkan prasarana dan kemudahan Madrasah Tahfiz Firdausi Al Warisi dekat Batu 6, Jalan Pahang di sini, semalam.

Sumbangan yang dirahsiakan nilainya sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016 itu, bagi membantu mengemaskini pusat sumber, membaik pulih tadahan air dan mengadakan ruang kelas hafalan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Latitf Abu Bakar, berkata sumbangan syarikat itu yang bernaung di bawah MNRB Holdings Berhad, juga sebagai cara menerapkan semangat membantu golongan kurang bernasib baik.

“Selaras dengan sistem Takaful yang berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan dan perlindungan, kami laksanakan dengan membantu golongan yang memerlukan bersempena program MSAM yang diadakan di sini.

“Pada masa sama juga, kami turut bekerjasama dengan Pejabat Pergigian Daerah Batang Padang untuk mengadakan pemeriksaan pergigian percuma kepada 48 pelajar Madrasah Tahfiz Firdausi Al Warisi,” katanya menerusi kenyataan yang diedarkan pada majlis itu.

Sumbangan disampaikan Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Komersial dan Keluarga Takaful Ikhlas, Wan Rosli Shaharuddin Wan Yaacob yang mewakili Ab Latiff kepada pengasas madrasah itu, Mazri Firdaus Mohd Ariffin.

Sumber : Berita Harian (23/04/2016)

Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat

Soalan : Bagaimanakah pandangan Islam terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan bagaimana takaful dapat membantu peserta dalam persediaan kewangan bagi menampung perbelanjaan perubatan.

Jawapan : Pepatah Melayu ada menyebut “mencegah itu lebih baik daripada merawat' malah Islam menggalakkan umatnya sentiasa menjaga kesihatan dengan cara mengambil langkah pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit. Bagaimanapun jika ditimpa penyakit, Islam mengajar kita supaya tidak berputus asa dan hendaklah berusaha mencari penawar seperti mana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari: “Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat.”

Tidak dinafikan pencegahan adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Malah, persiapan untuk menyediakan bekalan kewangan mencukupi bagi tabungan kesihatan juga dilihat sebagai suatu perkara penting Apabila mempunyai kewangan yang mencukupi, maka semua perkara akan menjadi mudah dan barangkali tidak banyak kesulitan dihadapi walaupun ditimpa penyakit.

Pepatah Melayu 'sediakan payung sebelum hujan' sangat relevan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan khususnya persediaan kewangan untuk kesihatan. Kaedah tabungan biasa tidak dinafikan antara kaedah tabungan yang tidak boleh diketepikan.

Tetapi sebagai persediaan dan perancangan kepada tabungan biasa, alternatif lain hendaklah dirancang supaya benar-benar dapat memenuhi keperluan perlindungan perubatan seperti yang dihajati. Pelbagai produk inovatif ditawarkan oleh pengendali takaful bagi memenuhi keperluan perlindungan kesihatan masyarakat.

Perlindungan menerusi produk takaful lebih unik kerana ia dirangka berdasarkan tatacara dan modus operandi produk takaful yang mengambil kira kepentingan pihak yang terbabit. Antara elemen produk takaful ialah aspek memberikan bantuan perlindungan jika ditakdirkan seseorang peserta ditimpa sesuatu musibah di samping adanya elemen simpanan dan pelaburan.

Justeru, langkah proaktif perlu diambil dengan menyertai mana-mana pelan perlindungan kesihatan yang ditawarkan. Menyertai takaful adalah pilihan bijak yang dapat memberikan peluang mendapat perlindungan lebih komprehensif, adil dan telus. Hasrat mendapatkan perlindungan kesihatan juga boleh diperoleh menerusi pelan perlindungan ditawarkan oleh pelbagai pengendali takaful yang ada kini.

Sumber : Berita Harian Ahad (17 April 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Dana Risiko Bertepatan Maqasid Syariah

Soalan : Apakah proses yang perlu dilakukan oleh pengendali takaful apabila menerima permohonan penyertaan takaful dan apakah keperluan pengunderaitan.

Jawapan : Terdapat beberapa proses yang akan dilakukan oleh pengendali takaful apabila menerima permohonan penyertaan takaful melalui proses pengunderaitan (underwriting) oleh pengunderait (underwriter).

Tujuan proses pengunderaitan bagi mengelak berlaku sebarang kemudaratan kepada Dana Risiko yang akan memjejaskan peserta takaful yang lain. Sebelum peserta layak menyertai takaful, pengendali takaful akan menilai dan membuat pemilihan risiko daripada maklumat serta laporan kesihatan pemohon. Pemohon akan diminta membuat pemeriksaan kesihatan di hospital dan terdapat beberapa borang yang perlu dipenuhi bagi mengenal pasti keadaan kesihatan semasa pemohon.

Daripada maklumat diperoleh itu, pengendali takaful akan menentukan sama ada permohonan itu diterima atau ditolak. Jika permohonan takaful diterima, maka pengunderait akan menentukan kadar tabarru' yang perlu disumbangkan pemohon sesuai dengan penilaian risiko yang telah dilakukan terhadap pemohon. Kadar bayaran sumbangan yang dikenakan kepada setiap peserta berbeza mengikut tahap risiko dibawa oleh peserta. Jika individu itu berisiko tinggi maka kadar sumbangan yang diperlukan adalah tinggi, begitu juga sebaliknya.

Perkara ini perlu bagi mengelak berlakunya sebarang kekurangan dana syarikat disebabkan tersilap pilih dan sebarang kemudaratan yang memungkinkan terjejasnya dana risiko serta dana pemegang saham. Bagi memastikan sebarang kekurangan tidak berlaku, maka pengendali takaful akan bertanggungjawab sebagai pemegang amanah dan perlu memastikan dana risiko sentiasa berada dalam keadaan stabil. Ini kerana dana itu adalah milik bersama setiap peserta takaful yang akan digunakan jika ada peserta takaful menghadapi musibah. Dana risiko perlu melalui proses pengunderaitan.

Proses itu bertepatan dengan maslahah dan maqasid al-syariah yang memberi penekanan terhadap penjagaan harta. Pengunderaitan yang diamalkan termasuk di bawah maslahah mursalah iaitu tiada dalil khusus mengenainya sama ada menerima atau menolak tetapi secara tersirat ia dimaksudkan oleh syarak untuk dipelihara.

Sumber : Berita Harian Ahad (17 April 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi

Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Adil, Saksama Teras Ekonomi Islam

Soalan : Bagaimanakah prinsip keadilan dan kesaksamaan dilaksanakan di dalam ekonomi Islam?

Jawapan : Sistem ekonomi Islam sangat mementingkan prinsip berpaksikan keadilan dan kesaksamaan yang mempunyai nilai positif serta dapat memajukan sistem ekonomi Islam. Mereka yang terbabit kegiatan ekonomi ini akan terikat dengan adab serta akhlak menurut al-Quran dan sunah.

Prinsip itu mengajar manusia berlaku adil kepada manusia lain terutama dalam urusan muamalah. Jika menjadi penjual, dia perlu meletakkan dirinya sebagai pembeli ketika berurusan. Apa yang diharapkan oleh pembeli perlu dipenuhi dengan sewajarnya walaupun tidak diminta oleh pembeli berkenaan. Sebarang penipuan oleh pihak terbabit dalam urusan ekonomi khususnya transaksi seperti jual beli dianggap sebagai sesuatu yang zalim.

Mereka sebenarnya memakan harta saudara mereka secara batil. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 188 yang bermaksud “Dan janganlah kamu makan harta sesama kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim-hakim dengan tujuan supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara yang berdosa, sedangkan kamu mengetahui." 

Pelaksanaan ekonomi Islam berasaskan keadilan dan kesaksamaan boleh dilihat daripada konsep pelaburan Islam seperti mudharabah atau musyarakah. Kedua pihak terbabit dalam kontrak berkenaan perlu memikul bebanan risiko bersama.

Tanggungan risiko menjadi disiplin yang diwajibkan dalam meraih keuntungan pelaburan Mereka yang terbabit dalam pelaburan sebagai pihak menyumbangkan modal (rabbul mal) atau pekerja(mudharib) perlu berdepan risiko rugi atau untung.

Tidak wajar jika penyumbang modal hanya meletakkan bebanan untuk menanggung risiko ke atas bahu pekerja sahaja. Sebaliknya, mereka bekerjasama dengan pekerja untuk memastikan pelaburan dapat meraih keuntungan.

Maka, apabila berlaku kerugian dalam pelaburan berkenaan, kerugian ialah penyumbang modal tanpa membabitkan wang pekerja. Namun sebenarnya, pekerja turut mengalami kerugian kerana apa yang diusahakan selama ini tidak membuahkan hasil atau keuntungan. Pekerja tidak boleh mengambil kesempatan kerana jika dia didapati melakukan penyelewengan atau lalai melaksanakan amanah, maka kerugian itu perlu dipikul olehnya bukannya penyumbang modal.

Bertitik tolak daripada kefahaman ini, keadilan dan kesaksamaan perlu dinilai mengikut neraca pertimbangan agama bukan pertimbangan akal dan perasaan. Sesuatu itu tetap zalim sekiranya Allah SWT dan Rasulullah SAW mengatakannya sebagai zalim.

Walaupun kita manusia mengatakannya adil dan saksama.

Sumber : Berita Harian Ahad (10 April 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About