Lebihan Jadi Hibah

Soalan : Sekiranya ada lebihan dalam Dana Risiko, bagaimanakah pengendali takaful meguruskan lebihan itu.
Jawapan : Pada asasnya takaful menggunakan kontrak tabarru' iaitu berdasarkan konsep saling tolong menolong antara peserta. Ia berlaku dengan mudah dan tanpa paksaan di mana peserta yang menyertai pelan perlindungan takaful secara automatik bersetuju menyumbang wang ke dalam satu dana yang dinamakan Dana Risiko.

Dana itulah yang akan digunakan untuk membantu semua peserta takaful apabila berlaku sebarang musibah. Dana Risiko bukan sahaja digunakan apabila berlakunya tuntutan yang dibuat oleh peserta yang ditimpa musibah malah ia untuk rizab teknikal selepas ditolak kos pengurusan.

Di samping itu, bagi memastikan dana ini sentiasa dapat menampung sebarang risiko, pengendali takaful bertanggungjawab mengembangkan jumlah wang dana dengan membuat pelaburan yang patuh. Pada masa sama, perlu dipastikan Dana Risiko tidak akan terjejas dengan sebarang masalah berkaitan pelaburan dilakukan.

Segala tuntutan daripada peserta, kos pengurusan dan yang berkaitan akan dikira pada setiap akhir tahun kewangan bagi mengenal pasti sama ada terdapat lebihan atau tidak. Jika ada lebihan dana, ia akan dihadiahkan kepada peserta takaful yang layak dan menepati syarat dinyatakan dalam sijil penyertaan. 

Biasanya hadiah ini berbentuk jumlah 'hibah' yang akan diberikan kepada peserta bagi pelan perlindungan Takaful Am yang tidak pernah membuat sebarang tuntutan. Agihan kepada lebihan Dana Risiko dinyatakan dalam sijil peserta takaful berdasarkan nisbah dipersetujui antara pengendali dan peserta.

Daripada lebihan yang ada, pengendali takaful akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) kepada Dana Risiko pada setiap akhir tahun. Selepas caj pengurusan ditolak, lebihan itu akan dibahagikan kepada kumpulan peserta yang layak mendapat hibah jika ada. Pemberian hibah bergantung kepada pertimbangan dan keputusan daripada pihak pengurusan takaful.

Sumber : Harian (31 Januari 2016)
Tulisan : Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Ummah Peroleh Kesenangan

Soalan : Zakat perlu dibayar apabila memenuhi syarat wajib zakat. Apakah manfaat daripada pelaksanaan rukun Islam ketiga.

Jawaban : Wang ringgit, emas permata dan segala aset yang diusahakan dikira sebagai harta bagi individu. Harta yang diperoleh adalah rahmat dan ujian Allah SWT kepada hamba-Nya sebagai tanggungjawab manusia untuk menguruskan harta diperoleh.

Tidak dinafikan kesukaran mendapatkan harta menyebabkan sukar untuk melepaskannya kembali. Allah SWT meletakkan hukum wajib berzakat bagi orang yang berharta. Pembayaran zakat satu manifestasi ketaatan Muslim kepada Allah SWT yang membuktikan dirinya akur dan bersedia berkongsi harta dimiliki.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Ambilah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan ( ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah at-Taubah, ayat 103).

Zakat terbahagi kepada zakat fitrah, perniagaan, harta, pendapatan, wang simpanan, emas, perak, saham, ma'adin, kunuz dan rikaz.

Contohnya, dalam bidang perniagaan bahagian yang perlu dibayar zakat bukan daripada keseluruhan perolehan perniagaan tetapi hanya sejumlah 2.5 peratus daripada jumlah keuntungan perniagaan. Moga dengan jumlah zakat yang dikeluarkan itu dapat membersihkan dan menyucikan keuntungan perniagaan sekali gus menambahkan lagi keuntungan.

Tuntutan zakat juga sebagai pembersihan dan jaminan keberkatan harta. Adalah menjadi satu kewajipan kepada setiap umat Islam untuk menunjukkan rasa syukur di atas segala nikmat kekayaan yang akan Allah SWT.

Pengeluaran zakat bukan sahaja memberi kesenangan dan kebakatan dunia serta akhirat kepada pengeluar malah turut memberi kesenangan kepada umat Islam secara menyeluruh. Bayangkan, jika semua umat Islam benar-benar menunaikan zakat secara menyeluruh, tentu tidak lagi wujud orang miskin.

Ganjaran akhirat daripada Allah SWT tidak perlu dipersoalkan kerana tanpa sedar kita lihat kehidupan pembayar zakat jauh lebih tenang berbanding mereka yang culas.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya" (Surah al-Baqarah, ayat 21).

Sumber : Harian (31 Januari 2016)
Tulisan : Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Berakal Layak Kontrak

Soalan : Pelaksanaan urusan muamalat Islam sangat menitikberatkan soal kontrak yang jelas. Kelayakan sempurna untuk mengadakan sesuatu kontrak pula tidaklah sepenuhnya bergantung kepada had umur sesetengah orang asal sahaja menepati syarat yang telah ditetapkan pada awal perjanjian.

Jawapan : Salah satu rukun bagi kontrak yang sah adalah wujudnya dua pihak berkontrak yang saling memberi dan menerima. Bagi mewujudkan kontrak yang sah, pihak terbabit mestilah memenuhi syarat kelayakan dan kuasa untuk melaksanakan sesuatu transaksi.

Kelayakan bagi syarat asas untuk seseorang itu boleh membuat kontrak sama ada dewasa, kanak- kanak mahupun bagi bayi yang baru lahir. Bagi yang berkelayakan melaksanakan sesuatu kontrak asasnya adalah seorang yang berakal dan mumayyiz, yang berakal, baligh dan cerdik.

Syarat asas kelayakan bagi bayi yang baru lahir dan kanak-kanak tidak termasuk dalam golongan yang sempurna untuk melaksanakan sesuatu kontrak kerana kanak-kanak belum lagi mencapai tahap asas berakal dan cerdik bagi melaksanakan segala hak serta tanggungjawab.

Kelayakan yang sempurna bagi seseorang adalah setelah baligh dan cerdik. Mengikut pendapat jumhur fuqaha' seseorang yang sudah mencapai berakal, baligh dan cerdik berkelayakan sempurna untuk melakukan kontrak. Segala keputusan menjadi tanggungjawab sendiri dan tidak memerlukan kelulusan serta kebenaran daripada orang lain.

Umur yang telah mencapai baligh bagi pendapat fuqaha seorang yang berusia 15 tahun dan bagi pendapat lain ialah 18 tahun. Seseorang yang telah mencapai umur itu dianggap berakal, baligh dan cerdik. Oleh itu mereka termasuk dalam golongan berkelayakan sempurna untuk melaksanakan sesuatu kontrak.

Segala keputusan boleh ditentukan sendiri dan bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan tetapi masih tertakluk kepada kelulusan serta kebenaran daripada penjaga. Sejak Dasar Islamisasi Negara diperkenalkan pada 1981, terdapat pelbagai jenis kontrak Islami menjadi amalan dalam urus niaga perbankan Islam dan Takaful di Malaysia.

Antaranya kontrak Al Bai', Ju'alah, Ijarah, Wakalah, Mudharabah, Murabahah, Kafalah dan sebagainya. Sedang giat diperkatakan hari ini ialah kontrak Wakalah yang dipraktikkan dalam urus niaga takaful. 

Berkenaan kelangsungan kontrak takaful antara peserta dan pengendali takaful, had umur bagi seorang yang sah untuk menyertai takaful adalah daripada umur 16 tahun tetapi mestilah mendapat kebenaran ibu bapa. 

Akta Perkhidmatan Islam 2013 menggariskan had umur peserta pada perkara akta 4 (1)(a), (b) dan (c) yang menyatakan seseorang yang belum mencapai umur 16 tahun hendaklah meminta kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaganya.

Beliau dikira sebagai pemilik harta, namun hartanya masih di bawah urusan dan pentadbiran orang lain (ibu bapa) kerana terdapat halangan yang menghalang mereka menguruskannya sendiri.

Sumber : Berita Harian Ahad (17 Januari 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

3 Ciri Tentukan Harta

Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan harta mengikut pandangan Islam.

Jawaban : Adalah menjadi fitrah manusia untuk memiliki dan mempunyai harta dalam kehidupannya tidak kira harta benda, zuriat, keluarga dan sebagainya. Secara zahirnya kita melihat harta itu menjadi pemilikan kepada seseorang individu tetapi hakikatnya segala harta adalah milik Allah SWT.

Oleh itu, adalah menjadi satu kewajipan kepada pemilik harta untuk menguruskan harta dengan amanah. Pada pandangan Islam harta boleh dimiliki, dimanfaatkan dan bernilai di sisi agama. Harta juga adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada manusia supaya dijaga sebaiknya bagi memastikan dapat dimanfaatkan kepada umum dalam tempoh yang lama.

Justeru, pengurusan harta penting bukan sahaja untuk memanjangkan tempoh hayat harta malah turut merangkumi bagaimana boleh dikurangkan tanggungan kerugian jika berlaku sesuatu kerosakan dan kemusnahan terhadap harta itu.

Islam menitikberatkan tiga prinsip utama berkaitan harta iaitu dalam soal cara mendapatkannya, membelanjakan, seterusnya menentukan kewajipan yang harus dilaksanakan pemilik terhadap harta yang dimiliki.

Kita sering mendengar mengenai sistem pengurusan kewangan baik datangnya daripada perancangan yang bijak dalam mengelakkan sebarang kerugian yang tinggi. Mengikut amalan masa kini, sebarang kerugian daripada kerosakan ataupun harta yang musnah dapat ditangani dengan menyertai takaful sesuai peranannya membantu dan meringankan bebanan kepada peserta.

Sumber : Berita Harian Ahad (17 Januari 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

4 Prinsip Insurans Diguna

Soalan : Adakah prinsip takaful ada kaitan dengan prinsip insurans.

Jawapan : Boleh dikatakan prinsip insurans ada diaplikasikan dalam prinsip takaful. Prinsip asas takaful sebenarnya adalah asimilasi daripada prinsip insurans dan prinsip itu boleh diterima pakai selagi mana kontrak dan amalan tidak bercanggah dengan hukum syariah.

Prinsip itu digunapakai berdasarkan kaedah feqah 'al asl fi al ashya' al ibahah' yang bermaksud asal sesuatu perkara itu adalah harus. Walau bagaimanapun, sistem operasi takaful dan insurans adalah berbeza malah memilih produk insurans dalam perancangan kewangan hendaklah dielakkan kerana sistem operasi insurans berkaitan dengan unsur riba, gharar dan maisir yang ditegah.

Ada empat prinsip utama insurans yang diasimilasi dan diguna pakai dalam prinsip kontrak Takaful Am iaitu kepentingan boleh lindung, penuh percaya, prinsip indemniti dan prinsip subrogasi. Prinsip kepentingan boleh lindung lazimnya dilaksanakan apabila berlakunya situasi dimana wujud unsur kaitan dan tanggungjawab peserta takaful dengan perkara termaktub dalam kontrak berdasarkan beberapa keadaan.

Contohnya, peserta boleh membuat tuntutan harta kerugian hanya apabila harta yang dinyatakan dalam kontrak mengalami kerosakan atau musnah. Melalui prinsip ini kesahihan sesuatu tuntutan dan kontrak dapat dibuktikan dan menjadi tapisan awal kepada perbuatan salah laku serta bahaya moral dalam kalangan peserta. Prinsip mudah percaya pula memberi keutamaan kepada peserta memastikan semua maklumat penting hendaklah didedahkan sepenuhnya kepada pengendali takaful pada permulaan kontrak demi mengelakkan gambaran salah dan memastikan pengendali takaful dapat membuat keputusan tepat.

Sumber : Berita Harian Ahad (10 Januari 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Sumbangan Dana Risiko

Soalan : Umum mengetahui sistem takaful adalah berdasarkan konsep 'saling melindungi' yang sudah diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW secara tidak langsung. Bagaimanakah pelaksanaan sistem 'saling membantu' dan 'saling melindungi' yang dimaksudkan.

Jawapan : Pada zaman Rasulullah SAW, konsep saling membantu dan saling melindungi sudah dipraktikkan dalam skop pelindungan nyawa yang dikenali sebagai sistem “aqilah, al-diyah ala 'aqilah. Ketika itu, ia dilaksanakan untuk memenuhi bayaran tebusan darah oleh sesebuah kelompok demi meringankan beban ditanggung ekoran berlakunya kehilangan nyawa ahli dalam kelompok itu.

Al-'aqilah juga berkaitan dengan ma'qil, yang dinisbahkan kepada ma'qulah, iaitu perlindungan darah. Istilah itu diambil daripada kalimah 'aql yang asalnya digunakan bagi mengikat betis unta yang dilipat sehingga paras lutut bagi tujuan diyat.

Selepas Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, sistem perlindungan itu diteruskan kerana tiada unsur menyalahi syariah. Beberapa sistem yang diamalkan di Madinah dikekalkan antaranya diyat atau 'aql bererti ganti rugi dibayar oleh pembunuh kepada kelompok atau keluarga yang terbunuh.

Sistem 'aqilah juga turut diamalkan antara orang Muhajirin dan penduduk asal Madinah dalam perkongsian tanggungjawab yang akhirnya menjadi asas kepada takaful hari ini. Sistem 'aqilah yang diperkenalkan Rasulullah SAW adalah bersandarkan kepada sikap kaum Ansar dan Muhajirin yang saling bertanggungjawab terhadap ahlinya.

Melalui konsep itu mereka akan membuat sumbangan yang akan dimasukkan ke dalam satu tabung dengan tempoh yang dipersetujui oleh penyumbang. Tabung yang dikenali sebagai 'kunz' akan digunakan untuk membantu rakyat terutama mereka yang tidak mampu untuk membayar diyat. Kerana itu setiap rakyat dianjurkan untuk menyumbang ke dalam tabung itu. Sesuai dengan maksud sebenar yang bererti saling menjamin, menjaga dan melihara.

Maka, aktiviti takaful pada masa kini dilihat seolah menepati maksud sebenar takaful yang bersifat 'saling'. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) mengistilahkan takaful sebagai suatu perkiraan berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju menyumbang kepada suatu kumpulan wang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau benefisiarinya pada masa berlaku sesuatu kejadian yang dipersetujui terdahulu.

lni bermakna takaful membabitkan dua pihak yang membantu dan perlu dibantu jika terjadinya sebarang musibah. Contohnya, jika peserta pertama ditimpa musibah dan memerlukan bantuan kewangan,maka sekumpulan peserta dalam kumpulan akan membantu melalui dana yang terkumpul dan begitulah sebaliknya.

Sifat kebersamaan apabila ditimpa kesusahan diamalkan bila mana setiap peserta saling menanggung risiko antara satu sama lain. Peserta takaful akan saling menjaga dengan memberikan sumbangan daripada Dana Risiko. Inilah 'saling' yang mempamerkan sifat tanggungjawab tolong-menobng antara peserta takaful.

Sumber : Berita Harian Ahad (10 Januari 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Tanggung Bersama

Soalan : Bagaimanakah cara untuk menangani sebarang risiko yang tidak boleh dielakkan seperti kejadian banjir yang sering kali berlaku dan adakah terdapat beberapa kaedah dalam menangani risiko itu.

Jawapan : Banjir di negeri Pantai Timur dan Utara adalah fenomena yang berlaku setiap tahun dan risikonya sudah diketahui setiap kali musibah itu berlaku. Selain kerosakan harta benda, mereka yang tinggal di kawasan banjir juga berdepan risiko berlaku kecurian di rumah yang ditinggalkan kerana penduduk setempat terpaksa berpindah ke tempat lebih selamat.

Hal itu memungkinkan mangsa banjir mengalami kerugian lebih tinggi kerana perlu menampung kos penambahbaikan juga kos pembersihan selepas banjir. Kejadian banjir adalah bencana alam yang tidak boleh dielakkan. Sebarang risiko yang tidak dapat dielakkan boleh ditangani dengan beberapa kaedah antaranya mengelakkan risiko.

Contohnya, pihak bertanggungjawab perlu mencari punca banjir dan berusaha menangani fenomena banjir setiap tahun.

Kedua adalah kaedah mengawal risiko iaitu dengan mengenal pasti jumlah kerugian melalui kekerapan musibah banjir akan berlaku pada tahun itu. Melalui kaedah itu, seseorang dapat membuat perancangan dan persediaan bagi mengurangkan bebanan mereka.

Kaedah ketiga adalah dengan berkongsi risiko. Kaedah ini membabitkan perkongsian risiko oleh kelompok individu atau berkumpulan. Seperti diaplikasikan dalam industri takaful hari ini melalui perkongsian risiko oleh sekumpulan peserta yang saling menanggung antara satu sama lain berlandaskan akad tabarru'. Jika salah seorang daripada mereka ditimpa musibah, maka sebarang kerugian yang dialami akan ditanggung bersama oleh anggota lain.

Kaedah keempat adalah memindahkan risiko. Pemindahan risiko biasanya membabitkan kos tertentu. Kos itu perlu dibayar kepada pihak ketiga dan sebagai gantinya, pihak ketiga akan menanggung risiko kemungkinan.

Kesimpulannya, sebarang kemungkinan risiko akan berlaku yang dapat dikenal pasti membolehkan persediaan dibuat bagi menghadapi kerugian bakal ditanggung. Kerugian pastinya memberi kesan kepada diri, keluarga bahkan membawa kepada masalah kewangan. Semua pihak perlu memainkan peranan kerana sekiranya musibah itu dapat dicegah daripada awal, pastinya akan memberikan kebaikan kepada semua pihak.

Sumber : Berita Harian Ahad (03 Januari 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Pengurusan Risiko Elak Rugi

Soalan : Musibah sememangnya tidak dapat dijangka namun dengan adanya pengurusan risiko yang bijak, seseorang itu dapat mengawal dan menangani sebarang kerugian bakal ditanggung. Apakah yang dimaksudkan dengan risiko dan bagaimanakah cara menguruskan risiko?

Jawapan : Risiko dalam konsep takaful ialah kemungkinan musibah yang ditanggung peserta akibat kehilangan atau kemusnahan harta benda. Lazimnya ia berkaitan nyawa, penyakit, sumber kewangan dan perkara membawa kepada keadaan kurang baik. Persediaan menghadapi musibah memerlukan perancangan risiko yang bijak.

Umum mengetahui kebelakangan ini negeri di bahagian utara dan pantai timur sudah berdepan banjir, malah telah mulai mengalami kerugian harta benda dan tempat tinggal. Sebagai persediaan menghadapi risiko itu, setiap individu sebaiknya mempunyai ilmu menguruskan risiko yang merangkumi tiga perkara penting.

Pertama, mengenalpasti pendedahan kepada setiap unsur yang boleh memberikan risiko terhadap kerugian yang akan ditanggung seperti kerosakan terhadap harta benda benda.

Kedua, menilai kadar kerugian yang akan berlaku bagi memastikan anggaran kerugian yang akan ditanggung jika risiko itu benar-benar terjadi. Jika risiko berlakunya musibah adalah tinggi, maka kaedah menanganinya juga tinggi bagi mengelakkan menanggung kerugian yang banyak.

Ketiga, menangani risiko dengan cara mengelak, mengawal, berkongsi dan memindahkan risiko. Sebarang kaedah yang dilakukan hendaklah memastikan ia bertepatan prinsip syariah. Masyarakat hari ini telah sedia maklum kewujudan pengendali takaful yang sememangnya menyediakan perkhidmatan perlindungan bertepatan kehendak dan prinsip syariah. Menerusi kaedah mengawal dan berkongsi, risiko dapat dikawal dengan cara menyertai pelan takaful iaitu pelan perlindungan harta benda dan diri daripada musibah serta penyakit kritikal.

Perancangan menguruskan risiko penting dan tidak boleh dipandang remeh bagi menjamin kesejahteraan waris dan keluarga. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa, ayat 9, yang bermaksud: “Hendaklah kamu berasa bimbang untuk meninggalkan zuriatmu dalam keadaan lemah.”

Menyertai pelan takaful bakal melayakkan waris menerima pampasan daripada Dana Risiko yang disediakan, sekali gus membantu mengurangkan beban kewangan kepada diri dan keluarga. Setiap musibah yang berlaku pasti akan mengakibatkan seseorang itu menanggung kerugian. Namun yang membezakan tahap besar atau kecil kerugian ditanggung bergantung kepada cara individu menangani risiko itu. Mulai perancangan tahunan dengan persediaan dan perancangan pengurusan risiko yang baik

Sumber : Berita Harian Ahad (03 Januari 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

Pakej Usaha Bersama Doa Tanpa Jemu

Masa berlalu begitu pantas sehingga tidak terasa sudah bertambah tahun dalam kalendar Masihi. Hari ini bermulalah tahun baru 2016.

Cabaran dan ujian yang kita lalui sepanjang 2015 diiringi dengan doa dan air mata. Pastinya pelbagai suka dan duka, pahit dan manis menjadi memori yang meninggalkan seribu kenangan. Segala yang dilalui memberikan kesan dalam diri setiap individu.

Masa yang berlalu pasti tidak akan kembali. Setiap kesilapan dan kekurangan sebaiknya dianggap ibrah untuk kita memperbaiki diri. Keazaman menjadi insan yang lebih berjaya dari sudut duniawi dan ukhrawi perlu ditanam di dalam diri bagi memastikan masa yang bakal mendatang dimanfaatkan sebaik baiknya. 

Firman Allah SWT dalam sunah al-Asr ayat 1 hingga 3 bermaksud : "Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".

Menyambut tahun baru dengan azam  
Kebiasaannya pada permulaan tahun baru pasti kita ada azam untuk menjadi insan yang lebih baik. Berazam untuk berubah dari pada yang buruk kepada yang baik, negatif kepada yang positif dan daripada manusia jahil kepada berilmu. Hakikatnya, tahun baru juga dapat menunjukkan kematangan diri seiring dengan umur yang semakin bertambah.

Peralihan tahun yang sentiasa bertambah seharusnya menjadikan seseorang lebih mengenali dan memperbaiki diri.

Setiap individu pasti merangka azam tahun baru ke arah lebih baik selain membuat perancangan teliti merangkumi perancangan kerjaya, pengurusan risiko dan kewangan tanpa melupakan perancangan bagi menyelesaikan hutang dan memperbaiki kesilapan lalu.

Selagi ada peluang untuk hidup, carilah peluang untuk berubah` sentiasa bermuhasabah, berfikir dan ikhtiar untuk tidak mengulangi perkara negatif.

Umat Islam yang cemerlang ialah mereka yang kehidupannya pada hari ini lebih baik daripada semalam. Dalam melalui permulaan tahun baru, amalan muhasabah dilihat sebagai satu permulaan yang baik untuk memperbaiki diri.

Ia umpama menyuntik semangat baru agar kita lebih berazam dan berjiwa kental, sekali gus menjadi insan lebih baik. Allah SWT berfirman dalam surah ai-Hasyr ayat 18 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya). Hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang dia telah sediakan (daripada amal amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat Menyeluruh Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu kerjakan".

Ayat ini menjelaskan, setiap hamba hendaklah sentiasa memeriksa amal dan perbuatannya setiap hari jika ada kekurangan atau kesilapan, hendaklah diperbaiki segera agar dapat merebut peluang melakukan sesuatu yang lebih baik.

Sesungguhnya apa yang dilakukan hari ini bakal menentukan siapa kita pada masa akan datang.

Seorang yang pernah gagal mungkin bakal berjaya kerana usaha yang dilipatgandakan.

Mereka yang sebelum ini kaya mungkin bakal jatuh miskin jika tiada perancangan kewangan berhemah. Ini menunjukkan perkara yang bakal berlaku bergantung kepada bagaimana azam dan sikap ditonjolkan.

Pun begitu, jika berdepan kegagalan jangalah mudah berputus asa kerana tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Keazaman dan usaha akan membuahkan kejayaan.

Kesimpulannya, setiap perbuatan pasti memberi kesan kepada diri. Azam dan usaha perlu dipakejkan bersama doa tanpa jemu.

Setiap perkara baik bukan sahaja memberikan kebaikan di dunia bahkan menjanjikan di akhirat.

Sumber : Harian Metro (01 Januari 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About