Ummah Peroleh Kesenangan

Soalan : Zakat perlu dibayar apabila memenuhi syarat wajib zakat. Apakah manfaat daripada pelaksanaan rukun Islam ketiga.

Jawaban : Wang ringgit, emas permata dan segala aset yang diusahakan dikira sebagai harta bagi individu. Harta yang diperoleh adalah rahmat dan ujian Allah SWT kepada hamba-Nya sebagai tanggungjawab manusia untuk menguruskan harta diperoleh.

Tidak dinafikan kesukaran mendapatkan harta menyebabkan sukar untuk melepaskannya kembali. Allah SWT meletakkan hukum wajib berzakat bagi orang yang berharta. Pembayaran zakat satu manifestasi ketaatan Muslim kepada Allah SWT yang membuktikan dirinya akur dan bersedia berkongsi harta dimiliki.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Ambilah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan ( ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah at-Taubah, ayat 103).

Zakat terbahagi kepada zakat fitrah, perniagaan, harta, pendapatan, wang simpanan, emas, perak, saham, ma'adin, kunuz dan rikaz.

Contohnya, dalam bidang perniagaan bahagian yang perlu dibayar zakat bukan daripada keseluruhan perolehan perniagaan tetapi hanya sejumlah 2.5 peratus daripada jumlah keuntungan perniagaan. Moga dengan jumlah zakat yang dikeluarkan itu dapat membersihkan dan menyucikan keuntungan perniagaan sekali gus menambahkan lagi keuntungan.

Tuntutan zakat juga sebagai pembersihan dan jaminan keberkatan harta. Adalah menjadi satu kewajipan kepada setiap umat Islam untuk menunjukkan rasa syukur di atas segala nikmat kekayaan yang akan Allah SWT.

Pengeluaran zakat bukan sahaja memberi kesenangan dan kebakatan dunia serta akhirat kepada pengeluar malah turut memberi kesenangan kepada umat Islam secara menyeluruh. Bayangkan, jika semua umat Islam benar-benar menunaikan zakat secara menyeluruh, tentu tidak lagi wujud orang miskin.

Ganjaran akhirat daripada Allah SWT tidak perlu dipersoalkan kerana tanpa sedar kita lihat kehidupan pembayar zakat jauh lebih tenang berbanding mereka yang culas.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya" (Surah al-Baqarah, ayat 21).

Sumber : Harian (31 Januari 2016)
Tulisan : Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About