Pembayaran Ex-gratia Ikut Budi Bicara

Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran 'ex-gratia' dan siapakah yang berhak untuk mendapatkan pembayaran itu?

Jawaban : Pembayaran 'ex-gratia' dari segi praktisnya bermaksud pembayaran ihsan oleh pengendali takaful ke atas peserta yang tidak boleh membuat tuntutan manfaat takaful disebabkan oleh beberapa perkara tertentu iaitu seperti tidak layak untuk membuat tuntutan disebabkan tidak menepati syarat yang telah dipersetujui di dalam kontrak sehingga menyebabkan tuntutan tersebut ditolak. Bagaimanapun atas beberapa sebab tertentu seperti mengambil kira keperluan atau kepentingan perniagaan dan tuntutan semasa, pengendali takaful akan tetap membayar tuntutan kepada pihak peserta mengikut budi bicara pihak syarikat. 

Beberapa sebab kepada pertimbangan yang membolehkan peserta menerima tuntutan melalui pembayaran ehsan ataupun 'ex-gratia' daripada pengendali takaful iaitu pertama, pembayaran ihsan akan diberikan kepada peserta sekiranya terdapat isu teknikal yang dikenal pasti oleh syarikat di mana terdapat klausa yang mengelirukan di dalam kontrak sijil, penggunaan kata klausa yang kurang tepat ataupun maksud yang berlainan.

Contohnya bagi penakrifan ataupun definisi keilatan, penyakit atau sebarang keadaan di mana ianya sukar untuk dinilai berdasarkan maklumat yang terhad. Salah faham boleh terjadi diantara peserta danjuga ejen dalam memahami produk atau pelan yang diambil. Faktor ini boleh terjadi disebabkan oleh kecuaian daripada pihak ejen atau pihak syarikat yang mempromosikan produk berkenaan.

Kedua, pembayaran 'ex-gratia' dilakukan kepada peserta disebabkan oleh terdapat pertimbangan perniagaan untuk menjaga kepentingan kepada kedua-dua pihak iaitu pengendali takaful dan juga peserta yang dikenali sebagai pelanggan setia iaitu peserta yang telah lama menyertai pelan takaful, di mana disebabkan oleh kesilapan yang kecil, peserta tersebut tidak berhak untuk mendapat bayaran pampasan. Sekiranya pembayaran tuntutan tidak dibuat, ia akan mengakibatkan kerugian kepada syarikat sekiranya pelanggan beralih kepada syarikat lain ataupun pelanggan tidak lagi menawarkan peluang perniagaan di masa hadapan.

Ketiga, pembayaran ihsan kepada peserta di atas sebab kes 'merit, yang tersendiri. Pembayaran dibuat atas dasar tanggungjawab sosial dan perasaan simpati kepada pesertayangkehidupannya susah dan miskin serta tiada punca pendapatan untuk menyara kehidupan.

Sumber : Berita Harian (20 Mac 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About