Kontrak Wakalah Elak Unsur Tak Patuh Syariah

Soalan : Takaful menggunakan kontrak yang berlainan daripada insurans dan salah satunya adalah wakalah. Boleh terangkan bagaimana kontrak wakalah ini dijalankan di takaful.

Jawapan : Takaful sememangnya menggunakan kontrak wakalah dalam menjalankan perkhidmatan perlindungan secara Islam bagi mengelakkan adanya unsur tidak patuh syariah seperti riba, gharar dan maisir. Wakalah daripada perkataan Arab bermaksud perwakilan.

Wakalah bermakna satu pihak menyerahkan sesuatu urusan yang boleh diwakilkan mengikut syarak kepada pihak lain ketika pihak yang pertama masih hidup. Konsep wakalah telah banyak digunakan sejak zaman dahulu lagi dan secara tidak sedar kita juga mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh daripada surah al-Kahfi menceritakan kisah ashabul kahfi setelah dibangunkan, mewakilkan salah seorang antara mereka untuk membeli keperluan makanan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi, ayat 19, yang bermaksud: “Sekarang utuslah (wakilkanlah) salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana- mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya.”

Daripada ayat itu terbukti bahawa konsep menggunakan wakil dalam sesuatu urusan adalah dibenarkan Islam tetapi pelaksanaannya pada masa kini adalah berlandaskan syarat dan rukun yang ditetapkan oleh ulama fiqh. Penggunaan kontrak wakalah sah jika rukun dan syaratnya dipatuhi.

Sebagaimana diamalkan oleh pengendali takaful masa kini iaitu adanya pewakil (al-muwakkil) mewakili peserta, penerima wakil (al-wakil) iaitu pengendali takaful, urusan yang diwakilkan (al-muwakkil ñhi) iaitu menguruskan dana takaful dan adanya ijab dan qabul (sighah).

Hasilnya, pengendali takaful akan mengurus, mentadbir serta melabur dana daripada sumbangan peserta dan syarikat takaful mendapat upah atau yuran wakalah berdasarkan persetujuan dipersetujui bersama.

Sumber : Berita Harian Ahad (27 Mac 2016)
Tulisan : Khuzama ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About