PETIKAN BERITA HARIAN : Takaful IKHLAS Serah Zakat RM60,000 Pusat Excell CP



"Sumbangan bantu ringan beban kewangan, program pemulihan kanak-kanak Cerebral Palsy" 

Petaling Jaya : Takanl Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) melalui rakan strategik kemanusiaannya, Islamic Aid Malaysia (IAM), menyumbangkan RM60,000 zakat perniagaannya kepada Pusat Excell CP, semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pematuhan Syariah, Takaful IKHLAS, Wan Jemizan Wan Deraman, yang mewakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Latiff Abu Bakar kepada Pengarah Pusat Excell CP, Hassan Suyut.

Wan Jemizan berkata, sumbangan itu sebahagian daripada keuntungan syarikatnya untuk membantu masyarakat yang memerlukan khususnya kanak-kanak Cerebral Palsy (CP) di pusat itu.

“Malah, ia juga adalah inisiatif jangka panjang di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk membantu kanak-kanak ini.

“Ia juga dapat membantu anak-anak ini mendapat terapi alternatif di pusat itu yang membabitkan keperluan khas atau program pemulihan,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan zakat perniagaan disini, semalam.

Ringankan beban  
Beliau berkata, selain dapat mengurangkan beban kewangan, ia juga mampu meningkatkan kesedaran orang ramai supaya dapat meringankan beban sekali gus meningkatkan kualiti hidup mereka. 

Sementara itu, Hassan berkata, sumbangan itu dapat menampung keperluan asas di pusatnya seperti peralatan yang digunakan oleh kanak-kanak itu.

“Kanak-kanak yang ada di pusat kami mempunyai tujuh orang yang dijaga sepenuh masa dan 15 orang dijaga secara separuh masa,” katanya.

Info Cerebral Palsy  

-> Istilah yang biasa digunakan untuk menggambarkan sekelompok gangguan yang mempengaruhi gerak, keseimbangan dan postur tubuh disebabkan oleh cedera otak atau kurangnya asupan oksigen ke otak saat proses kelahiran, sehingga mengakibatkan perkembangan abnormal pada kendali otot dan gerakan.

-> Lingkungan umur kanak-kanak di pusat itu ialah empat hingga 14 tahun.

-> Tenaga pengajar adalah tiga fisioterapi secara sepenuh masa dan empat fisioterapi separuh masa. 

Sumber : Berita Harian (20 Mei 2016)
Tulisan : Wan Nur Faliqha Wan Hazani

Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About