Pengurusan Risiko Elak Rugi

Soalan : Musibah sememangnya tidak dapat dijangka namun dengan adanya pengurusan risiko yang bijak, seseorang itu dapat mengawal dan menangani sebarang kerugian bakal ditanggung. Apakah yang dimaksudkan dengan risiko dan bagaimanakah cara menguruskan risiko?

Jawapan : Risiko dalam konsep takaful ialah kemungkinan musibah yang ditanggung peserta akibat kehilangan atau kemusnahan harta benda. Lazimnya ia berkaitan nyawa, penyakit, sumber kewangan dan perkara membawa kepada keadaan kurang baik. Persediaan menghadapi musibah memerlukan perancangan risiko yang bijak.

Umum mengetahui kebelakangan ini negeri di bahagian utara dan pantai timur sudah berdepan banjir, malah telah mulai mengalami kerugian harta benda dan tempat tinggal. Sebagai persediaan menghadapi risiko itu, setiap individu sebaiknya mempunyai ilmu menguruskan risiko yang merangkumi tiga perkara penting.

Pertama, mengenalpasti pendedahan kepada setiap unsur yang boleh memberikan risiko terhadap kerugian yang akan ditanggung seperti kerosakan terhadap harta benda benda.

Kedua, menilai kadar kerugian yang akan berlaku bagi memastikan anggaran kerugian yang akan ditanggung jika risiko itu benar-benar terjadi. Jika risiko berlakunya musibah adalah tinggi, maka kaedah menanganinya juga tinggi bagi mengelakkan menanggung kerugian yang banyak.

Ketiga, menangani risiko dengan cara mengelak, mengawal, berkongsi dan memindahkan risiko. Sebarang kaedah yang dilakukan hendaklah memastikan ia bertepatan prinsip syariah. Masyarakat hari ini telah sedia maklum kewujudan pengendali takaful yang sememangnya menyediakan perkhidmatan perlindungan bertepatan kehendak dan prinsip syariah. Menerusi kaedah mengawal dan berkongsi, risiko dapat dikawal dengan cara menyertai pelan takaful iaitu pelan perlindungan harta benda dan diri daripada musibah serta penyakit kritikal.

Perancangan menguruskan risiko penting dan tidak boleh dipandang remeh bagi menjamin kesejahteraan waris dan keluarga. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa, ayat 9, yang bermaksud: “Hendaklah kamu berasa bimbang untuk meninggalkan zuriatmu dalam keadaan lemah.”

Menyertai pelan takaful bakal melayakkan waris menerima pampasan daripada Dana Risiko yang disediakan, sekali gus membantu mengurangkan beban kewangan kepada diri dan keluarga. Setiap musibah yang berlaku pasti akan mengakibatkan seseorang itu menanggung kerugian. Namun yang membezakan tahap besar atau kecil kerugian ditanggung bergantung kepada cara individu menangani risiko itu. Mulai perancangan tahunan dengan persediaan dan perancangan pengurusan risiko yang baik

Sumber : Berita Harian Ahad (03 Januari 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About