Dana Risiko Bertepatan Maqasid Syariah

Soalan : Apakah proses yang perlu dilakukan oleh pengendali takaful apabila menerima permohonan penyertaan takaful dan apakah keperluan pengunderaitan.

Jawapan : Terdapat beberapa proses yang akan dilakukan oleh pengendali takaful apabila menerima permohonan penyertaan takaful melalui proses pengunderaitan (underwriting) oleh pengunderait (underwriter).

Tujuan proses pengunderaitan bagi mengelak berlaku sebarang kemudaratan kepada Dana Risiko yang akan memjejaskan peserta takaful yang lain. Sebelum peserta layak menyertai takaful, pengendali takaful akan menilai dan membuat pemilihan risiko daripada maklumat serta laporan kesihatan pemohon. Pemohon akan diminta membuat pemeriksaan kesihatan di hospital dan terdapat beberapa borang yang perlu dipenuhi bagi mengenal pasti keadaan kesihatan semasa pemohon.

Daripada maklumat diperoleh itu, pengendali takaful akan menentukan sama ada permohonan itu diterima atau ditolak. Jika permohonan takaful diterima, maka pengunderait akan menentukan kadar tabarru' yang perlu disumbangkan pemohon sesuai dengan penilaian risiko yang telah dilakukan terhadap pemohon. Kadar bayaran sumbangan yang dikenakan kepada setiap peserta berbeza mengikut tahap risiko dibawa oleh peserta. Jika individu itu berisiko tinggi maka kadar sumbangan yang diperlukan adalah tinggi, begitu juga sebaliknya.

Perkara ini perlu bagi mengelak berlakunya sebarang kekurangan dana syarikat disebabkan tersilap pilih dan sebarang kemudaratan yang memungkinkan terjejasnya dana risiko serta dana pemegang saham. Bagi memastikan sebarang kekurangan tidak berlaku, maka pengendali takaful akan bertanggungjawab sebagai pemegang amanah dan perlu memastikan dana risiko sentiasa berada dalam keadaan stabil. Ini kerana dana itu adalah milik bersama setiap peserta takaful yang akan digunakan jika ada peserta takaful menghadapi musibah. Dana risiko perlu melalui proses pengunderaitan.

Proses itu bertepatan dengan maslahah dan maqasid al-syariah yang memberi penekanan terhadap penjagaan harta. Pengunderaitan yang diamalkan termasuk di bawah maslahah mursalah iaitu tiada dalil khusus mengenainya sama ada menerima atau menolak tetapi secara tersirat ia dimaksudkan oleh syarak untuk dipelihara.

Sumber : Berita Harian Ahad (17 April 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi

Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About