Serah Kepada Baitulmal

Soalan : Bagaimanakah cara menguruskan dan melupuskan harta tidak patuh syariah iaitu harta yang diperoleh daripada transaksi menyalahi syariat.

Jawapan : Harta tidak patuh syariah merujuk kepada harta yang diperoleh daripada transaksi yang bertentangan dengan syariat Islam. Harta itu dikategorikan sebagai harta tidak diiktiraf syarak yang lazimnya daripada aktiviti haram membabitkan riba, gharar (jual beli tidak jelas),maisir(perjudian), rompakan, hasil penyeludupan, rampasan, hiburan tidak menepati syarak,aktiviti membabitkan arak.

Pemilikan kepada harta yang terhasil daripada riba, rasuah dan seumpamanya tidak di sisi syarak, biarpun dari sudut ekonomi ia mempunyai nilai tersendiri. Dari sudut ekonomi, institusi kewangan banyak memainkan peranan dalam muamalah malah institusi kewangan konvensional lebih terdedah kepada elemen tidak patuh syariah seperti riba, gharar dan maisir.

Justeru, majoriti institusi kewangan Islam tidak membenarkan sebarang aktiviti membabitkan elemen yang dilarang syarak terutama yang jelas berkaitan riba, gharar dan maisir. Malah semua aktiviti muamalah dipantau sepenuhnya oleh pihak berautoriti.

Pembabitan dalam aktiviti tidak patuh syariah adalah berdosa bahkan pendapatannya juga boleh membawa kepada syubhah. Oleh itu, apabila seorang menyedari adanya aktiviti yang membawa kepada elemen tidak dibenarkan oleh syarak dalam kehidupan mereka, hendaklah segera bertaubat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah SWT hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan dan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah an-Nisa', ayat 17).

Jalan penyelesaian
Islam telah memberikan jalan penyelesaian bagi harta tidak patuh syariah iaitu dengan cara melupuskannya kerana harta itu tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan cara melupuskan harta tidak patuh syariah adalah dengan menyerahkan kepada Baitulmal untuk kepentingan maslahah umum umat Islam seperti membiayai atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya ataupun diserahkan kepada golongan fakir miskin.

Jika harta itu adalah harta rompak, curi dan seumpamanya, maka perlu diserahkan kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, harta itu mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya dan jika tiada pewaris hendaklah diserahkan kembali kepada Baitulmal.

Hakikatnya, setiap harta yang diperoleh hendaklah diketahui dengan jelas sumbernya bagi mengelak sebarang harta yang tidak halal dengan kehidupan kerana ia akan memberi kesan kepada rohani serta jasmani individu, keluarga dan masyarakat.

Sumber : Harian (14 Febuari 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahman & Farah Adibah Mohd Apandi


Jom Sertai Takaful IKHLAS.....Sekarang!!!!
In Shaa Allah...kita tak akan RUGI...

 =================================================== 
   MOHD AZHAR BIN KORDI 
 WhatsApp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
ONEXOX TERLAJAK JIMAT --> http://goo.gl/kncZaq
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.my
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  
 

Blogger news

Blogroll

About