Perpaduan dan integrasi adalah dua proses yang berbeza namun mempunyai kaitan sangat rapat.
Perpaduan negara ialah satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik,agama dan wilayah,hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dan memberi komitmen yang penuh kepada negara.
Integrasi nasional pula merujuk kepada proses dinamik bagi merapatkan lagi masyarakat negeri dalam negara bagi membentuk satu bangsa Malaysia berteraskan Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.
Perpaduan dapat dicapai melalui beberapa strategi yang telah dikenal pasti antaranya melalui penggunaanbahasa kebangsaan dan sistem pendidikan negara pada hari ini.
Pendidikan yang sempurna adalah satu keperluan yang penting bagi jaminan generasi akan datang sekali gus demi melahirkan masyarakat yang benar-benar berilmu.
Nilai seseorang individu adalah bergantung kepada ketinggian ilmu yang ada di dalam dirinya dan hanya pendidikan sahaja yang dapat menjamin kesejahteraan diri, keluarga juga kepada negara.
Hari ini, didikan dan perhatian terhadap adab serta pemahaman agama sering dipandang remeh
oleh sesetengah pihak. Kesannya amat besar kepada kehidupan kerana dengan sifat kurangnya adab akan menimbulkan permusuhan
dan akhirnya akan tercetusnya pergaduhan sehingga merugikan diri, masyarakat dan juga negara.
Hormati satu sama lain
Seharusnya sikap menghormati satu sama lain hendaklah dididik daripada awal seperti pepatah yang menyebut 'melentur buluh
biarlah daripada rebungnya'.
Anak seharusnya didik daripada kecil dan contoh terbaik adalah daripada ibu bapa sendiri kerana golongan dewasa yang akan menjadi contoh kepada generasi akan datang
Sekiranya tidak dibendung, maka generasi akan datang akan binasa dan tidak dapat diubah lagi.
Jaminan pendidikan yang sempurna merangkumi pendidikan secara langsung yang bermula di
sekolah dan di rumah. Negara kita telah mempunyai sistem pendidikan yang cemerlang, dengan sukatan pelajaran yang tersendiri dan
jadual peperiksaan yang tersusun.
Namun tidak semua masyarakat yang bernasib baik untuk mendapat pendidikan yang sempurna kerana kekangan kewangan.
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita sedia maklum bahawa pendidilan amat penting untuk berjaya maka kita mula menyimpan demi masa hadapan anak.
Tabungan sejak kecil
Diharapkan ibu bapa hari ini dapat memulakan sistem tabungan yang berhemah sejak anak dilahirkan demi memastikan jaminan masa depan anak.
Simpanan pendidikan anak harus dibuat dalam tempoh jangka masa yang panjamh, sebaiknya selama 20 hingga 25 tahun sebelum mereka melanjutkan pengajian ke universiti.
Yang dirisaukan ialah sekiranya simpanan ini mungkin tidak mencukupi kerana kos pendidikan kini semakin meningkat.
Ramai yang tidak sedar bahawa Pelan Pendidikan Takaful ada untuk membantu ibu bapa membuat persiapan simpanan bagi
pendidikan masa panjang.
Pelbagai insentif dan manfaat bakal dinikmati
sekali gus meringankan bebanan ibu bapa menangani masalah kewangan untuk pendidikan.
Di samping itu, perlindungan takaful pendidikan juga dapat membantu pelajar yang
tidak dapat menyambung pelajaran meneruskan pengajian.
Pelan Pendidikan Takaful menyediakan tabungan simpanan dan perlindungan tambahan seperti manfaat perubatan atau penyakit kritikal kepada anak. Malah melalui perlindungan
tambahan (rider) yang juga membolehkan perlindungan turut disediakan kepada penyumbang dana tabungan iaitu ibu bapa.
Bukan itu sahaja Pelan Pendidikan Takaful turut menyediakan elemen pelaburan untuk jangka masa panjang yang mana sumbangan yang dicarum oleh ibu bapa akan dilaburkan.
Ibu bapa tidak perlu lagi risau untuk membuat pinjaman kerana jumlah tahunan takaful setiap
bulan telah tersedia sejak awal, malah membuat pinjaman itu sendiri sebenarnya bakal menjadi satu beban yang kekal lama perlu digalas.
Bebas hutang dan bebas daripada beban kewangan juga adalah satu corak kemerdekaan. Ia hanya akan dirasai oleh orang yang benar-benar berusaha untuk hidup tenang pada
hari ini dan masa akan datang.
Generasi hari ini seharusnya dicelikkan bahawa kemerdekaan bukan sahaja tertumpu kepada kebebasan negara daripada cengkaman penjajah semata malah skop kemerdekaan
itu merangkumi pelbagai sudut pemikiran, sikap dan tingkah laku mereka dan generasi akan datang.
Hakikatnya, melahirkan masyarakat bebas hutang juga satu perjuangan bagi memerdekakan
jiwa manusia itu.
Sumber : Harian Metro (28 Ogos 2016)
Tulisan : Khuzama Ab Rahaman & Farah Adibah Mohd Apandi